Untuk makluman, Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai akan menjadi satu entiti baru iaitu Majlis Bandaraya Seremban mulai 1 Januari 2020. Sehubungan itu, Portal Rasmi Majlis Perbandaran Seremban di pautan http://www.mpsns.gov.my dan semua aplikasi atas talian MPS akan ditutup bermula 24 Disember 2019 selepas jam 5.00 petang sehingga 31 Disember 2019. Antara aplikasi atas talian yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Bayar Cukai Taksiran
  • Bayar Kompaun Letak Kereta
  • Kemuka dan Semak Aduan
  • Permohonan Lesen Perniagaan
  • Mohon Kelulusan Pelan Pemajuan (OSC Online)
  • Semak dan Cetak Cukai Taksiran
  • Semak dan Cetak Kompaun Letak Kereta
  • Semak Status Permohonan Lesen

Pautan Portal Rasmi Majlis Bandaraya Seremban yang baharu ialah http://www.mbs.gov.my, boleh di capai mulai 1 Januari 2020.

Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi 06-7654333 atau 06-765 4444. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.