Bersempena Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks.

Program anjuran LPPKN Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan saringan  awal bagi mengurangkan risiko Kanser Serviks yang menjadi faktor kematian ketiga tertinggi dikalangan wanita.

Tarikh :  29 Januari 2026 (Khamis)
Masa :  08.00 pagi- 1.00 petang
Lokasi :  Ruang Dato Dagang Paroi,Wisma Majlis Bandaraya Seremban, Forest Height Seremban, Negeri Sembilan 

Perasmi program:
YB  Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan

Jangan lupo datang waghih-waghih sumo
Pelbagai perkhidmatan yang akan dijalankan dalam program ini antaranya:

  • Saringan HPV DNA (Percuma)
  • Pendaftaran Ujian Mammogram (Percuma)
  • Demonstrasi Flog Swab
  • Pameran dan Perkhidmatan Pelbagai Agensi
  • Forum Langkah Kecil, Perlindungan Besar
  • Kuiz Kesedaran Kanser

Jalani ujian HPV DNA dan saringan pap smear kerana pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa anda.