Seremban, 8 NOVEMBER 2026 – Seramai 500 warga Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyertai Program Briskwalk to Gaza – Walk for Gaza, Walk for Humanity sebagai tanda solidariti dan sokongan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin, khususnya penduduk di Gaza. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, dengan penglibatan warga kerja MBS yang bersama-sama menyertai aktiviti berjalan kaki melalui laluan di sekitar Bandar Seremban. Penganjuran program ini bukan sekadar aktiviti riadah dan menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi manifestasi keprihatinan serta solidariti warga MBS terhadap penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Ia turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kemanusiaan sejagat serta kepentingan menyemai nilai empati, kasih sayang dan kebersamaan tanpa mengira sempadan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















