Seremban, 7 November 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), telah menyempurnakan perasmian Program Malam Amal Gaza & Al-Aqsa yang berlangsung di Wisma MBS, Seremban. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Exhibition Road Tour 2026/27 – Edisi Negeri Sembilan, yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai krisis kemanusiaan di Gaza dan Palestin, di samping menggerakkan sokongan serta sumbangan bagi membantu rakyat Palestin, khususnya menjelang musim sejuk. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cikgu Azmi Abdul Hamid, serta barisan jemputan , pegawai MBS dan tetamu yang hadir bagi memberikan sokongan terhadap usaha kemanusiaan untuk rakyat Palestin.