Ampangan, 7 Mei 2026 - YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj.  Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah turun meninjau Projek Menaiktaraf Longkang Monsoon Sediada kepada Longkang U drain sepanjang 570 meter di Kg. Jiboi, Ampangan. Projek yang dilaksanakan adalah daripada rentetan daripada longkang telah uzur melebihi 40 tahun. Selain itu, ia meminimumkan kejadian banjir yang kerap berlaku setiap tahun akibat daripada punca kejadian 'backflow' dr Sg Batang Penar. Hadir sama YB Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, ADUN Ampangan merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan,  Tn. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, pegawai-pegawai MBS dan wakil penduduk setempat.