Seremban, 3 September 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Jamal bin Paiman, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan, bertujuan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak serta membincangkan potensi kerjasama dalam perkara-perkara berkepentingan bersama, khususnya dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan di Bandaraya Seremban. Turut hadir semasa kunjungan ini ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, En Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS & pegawai-pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan.