Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan membuka kaunter bergerak bagi urusan kutipan sewaan pasar dan gerai pada 23, 25 dan 26 November 2026 di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan pentadbiran MBS. Inisiatif ini bertujuan memudahkan para penyewa pasar dan gerai membuat bayaran sewaan dengan lebih mudah dan dekat dengan lokasi perniagaan masing-masing. Orang ramai, khususnya para penyewa, dijemput mengambil peluang menggunakan kemudahan kaunter bergerak ini mengikut tarikh, masa dan lokasi seperti yang tertera pada poster.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kewangan MBS di talian 06-765 4415.