Seremban, 20 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Sembilan di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Delegasi LHDN diketuai oleh Encik Mohamad Razli bin Mohamad Ali, Pengarah Negeri HASiL Negeri Sembilan bersama pegawai-pegawai kanan LHDN bertujuan untuk meningkatkan kerjasama strategik dalam pelbagai urusan khususnya aspek perkongsian maklumat serta memperkukuhkan hubungan dua hala antara pihak HASiL Negeri Sembilan dan MBS. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Puan Nor Mursydah binti Chik, Pengarah Pengurusan Kualiti & Strategik, MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |





