Seremban, 8 Januari 2026 – YBhg. Dato’ Ir.Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menerima kunjungan hormat daripada YB Yap Yew Weng, Ahli Dewangan Undangan Negeri Mambau pagi tadi di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu dan permasalahan yang berlaku di kawasan Mambau. Turut hadir semasa perbincangan ini diadakan ialah En. Ng Boon Leng Ahli Majlis MBS, LAr. Haji Nasiruddin bin Ab. Rahman Pengarah Taman & Landskap MBS, En. Nuh Nurul Mushawwir bin Abdul Aziz, Ketua Jurutera MBS, En. Shamaruddin bin Saidin Ketua Unit Komunikasi Korporat MBS dan En. Muhammad Zaki bin Mahussin Ketua Seksyen Kejuruteraan MBS.
![]() | ![]() |
![]() |


