Seremban, 26 Ogos 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah berkesempatan hadir menyaksikan sesi latihan kawad kaki kontinjen perbarisan MBS sebagai persediaan menghadapi acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan. Latihan ini menjadi medan memperkemas disiplin, kekemasan dan semangat berpasukan, di samping memastikan kontinjen MBS tampil penuh bersemangat dan berprestij pada sambutan yang bakal berlangsung. Turut hadir Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Tuan Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS serta pegawai-pegawai Penguatkuasa MBS
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









