Senawang, 21 Mei 2026 - YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah hadir menyempurnakan Majlis Bacaan Yasin sempena Ulang Tahun Ke Enam Majlis Bandaraya Seremban di Masjid Kariah Taman Bandar Senawang. Masjid ini merupakan lokasi ke-30 penganjuran program ini sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2022. Selain dapat mengimarahkan masjid - masjid sekitar Seremban, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik di antara MBS dengan masyarakat dalam membincangkan hal - hal berkaitan kawasan kariah. YBhg. Datuk Bandar turut berbesar hati menyumbangkan satu (1) unit Water Jet kepada pihak masjid untuk kegunaan bersama penduduk sekitar. Turut hadir, Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS, Tuan Haji Hosnan bin Selamat, Pengerusi Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, Encik Saiful Azuar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Dan Pelancongan MBS, barisan Pengarah Jabatan / Ketua Unit dan warga kerja MBS serta ahli - ahli kariah.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |









