Majlis Bandaraya Seremban telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha untuk menjadikan kawasan di bawah Pentadbiran MBS sebagai ‘Smart City’.

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian “?????? ????????? ?? ????????? ??????” (SARE) di antara Majlis Bandaraya Seremban, TNB dan GSPARX Sdn. Bhd. bertempat di Wisma MBS.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir pada majlis ini ialah YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Mahamad Farizan Mahamad Ketua Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Peruncitan TNB Negeri Sembilan, Tuan Elmie Fairul Mashuri Pengarah Urusan GSPARX dan Ketua Jabatan MBS.

Pemasangan solar ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2021. Projek ini dapat memberi manfaat dalam usaha jangka panjang untuk mengurangkan pelepasan Co2. Pemasangan ini juga bukan sahaja dapat menjimatkan elektrik malah dapat membantu negara memelihara alam sekitar melalui penjanaan tenaga hijau.

Keputusan Majlis Bandaraya Seremban untuk menandatangani perjanjian tersebut merupakan keputusan yang diambil kira bagi keperluan generasi akan datang bagi penggunaan tenaga mesra alam dalam melestarikan kehijauan bumi.

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN “?????? ????????? ?? ????????? ??????” (SARE)