Buat julung kalinya, MBS mengadakan Hari Inovasi Majlis Bandaraya Seremban 2025 yang menghimpunkan idea-idea kreatif melalui Pertandingan KIK Peringkat MBS serta pameran hasil inovasi daripada kumpulan MBS dan agensi jemputan. Semua dijemput hadir bagi menyokong budaya inovasi demi pembangunan bandar yang lebih mampan, bersih dan sejahtera.
Tarikh : 15 Disember 2025
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Ruang Dato’ Dagang Paroi, Wisma MBS
Bagi pihak yang berminat untuk menjadi pempamer boleh klik link dibawah
https://tinyurl.com/HARIINOVASIMBS
atau hubungi untuk urus setia untuk maklumat lanjut:
• En. Shamaruddin: 013-2374479
• En. Faridz: 014-2017153
