Seremban, 7 September 2026 – Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kini tampil dengan kemudahan yang lebih baik menerusi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf stadium oleh Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada para pengguna dan pengunjung. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustapha bin Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang turut dihadiri YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban dan YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan dengan sesi penyerahan replika kunci dan sijil penghargaan, sebelum diteruskan dengan lawatan tapak bagi melihat hasil kerja-kerja penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Projek ini diharap dapat terus memperkukuh peranan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sebagai salah satu venue sukan utama di Negeri Sembilan serta memberi manfaat kepada komuniti sukan dan masyarakat setempat.