Saksikan Pertarungan Jaguh - Jaguh Gusti Lengan Terbaik Di Seremban!

Majlis Bandaraya Seremban dengan bangganya menjemput seluruh peminat sukan kekuatan ke Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Jemputan Majlis Bandaraya Seremban 2026 pada 14 & 15 November 2026 (Sabtu & Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna MBS, Seremban.

Datanglah beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada para peserta atau daftarkan diri anda sebagai salah seorang pencabar takhta ! Bersama kita menyemarakkan gaya hidup aktif dan sukan komuniti.