Nilai, 8 November 2026 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Kejohanan Ping Pong Junior Piala Datuk Bandar Seremban dengan penuh meriah bertempat di Dewan MBS Cawangan Nilai. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Dengan penyertaan seramai 200 pemain, kejohanan ini dianjurkan bagi menggalakkan pemain-pemain mengasah bakat dalam sukan ping pong sekali gus ke arah melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.  Sebagai simbolik perasmian majlis, para hadirin telah disajikan dengan persembahan ping pong khas daripada dua orang pemain muda berbakat negara:  

1. Adik Habib Adrian – Top 10 Bawah 11 Tahun Dunia  
2. Adik Dania Elisha – Pemain Junior Negara & Top 10 Bawah 15 Tahun Dunia  

Turut hadir memeriahkan majlis YBhg. Dato’ Ir. Paul Lee - Pemangku Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia, YBrs. Encik Mohd Fairus Shafie – Pengarah Urusan MFS Teguh Jaya, YBrs. Encik Mohd Airul Hafis Zulkifli – Pegawai Belia dan Sukan Kanan UKM, YBrs. Encik Mohd Suhaidin Azhar – Pengarah Kejohanan Ping Pong Piala Datuk Bandar Seremban. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa penganjur, para jurulatih, ibu bapa, serta atlet-atlet cilik yang bertanding! Semoga kejohanan ini menjadi medan melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Turut hadir En Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Koporat MBS.