Kuala Lumpur, 22 Januari - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah memenangi Anugerah Pinnacle Geoinnovation Malaysia 2025. Pengiktirafan anugerah pinnacle ini diberikan bagi menghargai usaha inovatif Majlis Bandaraya Seremban dalam mengadaptasi teknologi geospatial dengan melahirkan sebuah penyelesaian baharu yang mempunyai tahap kematangan yang tinggi serta kecemerlangan yang konsisten bagi meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat organisasi secara lebih efisien dan efektif. Anugerah ini telah diterima oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS dan telah disampaikan oleh CEO ESRI Malaysia. MBS telah menghantar pencalonan bagi Sistem Geo-Seremban yang telah mula dibangunkan sejak tahun 2024. Sistem Geo-Seremban merupakan satu sistem pengurusan data spatial bersepadu yang mampu membantu MBS untuk menguruskan perbandaran dengan lebih efisien dengan berpandukan data. Hadir sama TPr. Hj. Nazri b. A.Ghani, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Ts. Farah Saffarizan Bt Mohd Esa, Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sr. Nor Zuliana Bt. Abd Manan, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta, En, Lotffee b. Abdullah, Pengarah Pelesenan & Pembangunan Usahawan serta wakil-wakil jabatan. Syabas dan Tahniah diucapkan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |











