Seremban, 29 Ogos 2026 – Sekitar berlangsungnya Pertandingan Arca Merdeka yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Matahari Indah Krt Taman Matahari Indah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Menariknya, penganjuran pertandingan ini merupakan kali ketiga dilaksanakan oleh KRT Taman Matahari Indah dengan penglibatan aktif penduduk setempat. Sebanyak lima kumpulan yang terdiri daripada warga taman telah mengambil bahagian bagi menghasilkan arca kreatif yang mengetengahkan tema kemerdekaan, patriotisme serta sejarah negara. Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah menjadi platform untuk memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan muhibah dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti secara gotong-royong juga mampu mengeratkan hubungan antara penduduk tanpa mengira latar belakang dan peringkat usia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Mohd Faizul bin Kamaroszaman, Pengerusi KRT Taman Matahari Indah, barisan Ahli Jawatankuasa serta seluruh penduduk yang telah bersama-sama menjayakan program dan pelbagai aktiviti anjuran KRT. Semoga inisiatif kreatif seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada KRT-KRT lain untuk turut melaksanakan program yang melibatkan komuniti setempat dalam usaha menyemarakkan semangat cintakan negara, memupuk perpaduan serta memperkukuhkan semangat kejiranan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















