Perhatian kepada semua peserta Telepok Fun Run 2026!
Dimaklumkan bahawa sesi pengambilan kit larian (Race Kit Collection) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 20 November 2026 (Jumaat)
Masa: 11.00 pagi – 7.00 malam
Lokasi: Lobi Bangunan Majlis Bandaraya Seremban, Wisma MBS, Persiaran Forest Height 1, Jalan Seremban-Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
Dokumen Yang Perlu Dibawa (Salah Satu):
Kad Pengenalan (asal atau salinan digital); ATAU
Slip Pengesahan Ticket2U (asal atau salinan digital).
Peringatan Penting:
Bagi peserta yang mewakilkan pihak lain (saudara atau rakan) untuk mengambil kit larian, wakil diwajibkan membawa salinan (fizikal atau digital) kad pengenalan/pasport peserta ATAU salinan (fizikal atau digital) slip pengesahan daripada Ticket2U.
Para peserta dinasihatkan untuk hadir mengikut masa yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pengambilan. Jumpa anda di sana!
![]() | ![]() |

