Kaunter
Selain daripada Taman Tasik Seremban, adakah terdapat kawasan riadah yang lain di dalam kawasan Pentadbiran MBS?
Kawasan riadah yang lain yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran MBS ialah Dataran Rantau, Dataran Nilai, Rasah Kemayan, Taman Awam Nilai, Taman Kejiranan Pinggiran Senawang, Taman Malaysia, Taman Budaya, Laman Basikal, Taman Orkid, Taman Awam Tasik Jaya dan Dataran Seremban.
Sekiranya orang awam ingin mengadakan program gotong royong, apakah bantuan yang akan diberikan oleh pihak MBS?
Jabatan Taman dan Landskap akan menyediakan perkhidmatan jentera seperti lori dan pekerja mengikut keperluan gotong royong yang bakal diadakan.
Adakah Majlis ini menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembersihan pokok yang telah ditebang?
Ya. Jabatan Taman dan Landskap ada menyediakan perkhidmatan menyelenggara dan membersihkan pokok tetapi hanya pokok yang ditanam oleh pihak Majlis sahaja.Walau bagaimanapun pokok persendirian seperti pokok buah-buahan dan pokok hiasan yang ditanam oleh penduduk hendaklah diselenggara oleh penduduk sendiri.
Bagaimanakah cara untuk orang awam membuat aduan berkenaan landskap seperti cantasan pokok?
Orang awam boleh membuat aduan berkenaan landskap seperti cantasan pokok secara atas talian di SISPAA atau di talian hotline 06 - 765 4444.
Apakah langkah yang diambil oleh pihak MBS bagi menjaga persekitaran kawasan Pentadbiran MBS?
Jabatan Taman dan Landskap sentiasa mengurus dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan landskap samada secara dalaman atau melalui lantikan kontraktor. Penyelenggaraan landskap terbahagi kepada :
- Jalan utama dan pusat bandar
- Taman-taman riadah
- Pokok-pokok utama
Apakah peranan pihak MBS dalam menggalakkan orang ramai menjaga kecantikan persekitaran didalam kawasan Pentadbiran MBS?
Jabatan Taman dan Landskap MBS memberi galakan kepada orang awam untuk mencantikkan kawasan persekitaran mereka seperti di kawasan kediaman , rumah kedai, sekolah dan tadika dengan membekalkan tanaman rendang dan berbunga untuk kecantikan kawasan. Pihak Jabatan juga berhasrat mengadakan pertandingan untuk menggalakkan orang awam mengindahkan lagi persekitaran mereka.
Pagination
- Page 1
- Next page