Theme Colour        
Font Size -A A +A
 

OPERASI PENGUATKUASAAN PAPARAN IKLAN LUAR (BILLBOARD)

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Seremban, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta PLUS Malaysia telah mengadakan operasi penguatkuasaan Paparan Iklan Luar (Billboard) dalam kawasan MBS di Lebuhraya Utara - Selatan KM266 hingga KM272 (Arah Utara)

Objektif operasi adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Paparan Iklan Luar (billboard) yang didirikan tanpa kelulusan daripada Pentadbiran Majlis dengan kekuatan anggota seramai 30 orang daripada pelbagai agensi terlibat

Hasil operasi, sejumlah 46 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak MBS di atas kesalahan seperti berikut:

 

1) 24 Kompaun dikeluarkan atas kesalahan mendirikan struktur tanpa kelulusan dibawah Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974

 

2) 22 Kompaun dikeluarkan atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dibawah Undang-Undang Kecil Iklan 1980.

 

Pihak pemilik Paparan Iklan Luar (billboard) perlu mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan bagi Binaan Paparan Iklan di Unit Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Seremban sebelum permohonan lesen iklan. Kesalahan mendirikan struktur tanpa kelulusan dibawah Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 dan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dibawah Undang-Undang Kecil Iklan 1980 boleh dikenakan pada tiap-tiap hari kesalahan.

Pemilik-pemilik tanah juga diingatkan agar berhati-hati untuk menyewakan tanah mereka kepada syarikat pengiklan agar tidak melanggar syarat nyata tanah.

Pihak Majlis bersama agensi lain akan meneruskan Operasi Penguatkuasaan Paparan Iklan Luar (Billboard) tanpa kelulusan ini dari semasa ke semasa secara berperingkat.