Pada 12 November 2008, Kerajaan Negeri, telah meluluskan cadangan untuk mencantumkan MPS dan MPN sebagai satu entiti dan menaikkan tarafnya kepada Majlis Bandaraya Seremban.

PUNCA KUASA PENCANTUMAN MPS DAN MPN

 

Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Seksyen 4 (2) :-

“Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan pihak berkuasa tempatan, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar taraf sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan.”

Seksyen 4 (3) :-

“Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan.”

SEJARAH PENUBUHAN MPS & MPN

TAHUN

MPS

MPN

1897

Lembaga Kesihatan

 

1946

Lembaga Bandaran

 

1953

Majlis Bandaran Seremban

 

Mac
1979

Majlis Perbandaran Seremban

Penubuhan Majlis Daerah Seremban daripada gabungan 6 Majlis Tempatan iaitu:-

  • Majlis Tempatan Pajam (1957)
  • Majlis Tempatan Mantin (1958)
  • Majlis Tempatan Rantau (1959)
  • Majlis Tempatan Nilai (1959)
  • Majlis Tempatan Broga (1959)
  • Majlis Tempatan Labu (1959)

Feb
2002

 

Majlis Perbandaran Nilai

PENGERUSI (PRESIDEN)
MAJLIS BANDARAN SEREMBAN
BIL NAMA TAHUN
1 YM TUNKU MUSTAPHA 1954 -1956
2 EN. JAAFARBIN TAHAR 1957-1958
3 EN. THAM TAT MING 1959
4 EN. ROBERT SINGAM 1960
5 EN. LAM TECK CHOON 1961
6 EN. CHIN SEE YIN 1962
7 EN. P GUMAM SINGH GILL 1963 -1964
8 EN. LAI PONG YUEN 1965 -22 JULAI 1965

Majlis Perbandaran Seremban telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana ianya dinaikkan taraf dan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979 dengan YAB Dato` Menteri Besar Negeri Sembilan kekal selaku Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang Dipertua yang menjalankan tugas eksekutif sepenuh masa. Sehinggalah pada 1hb. Ogos 1998,  tanggungjawab serta tugas selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban telah diserahkan secara rasmi oleh YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato` Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada seorang pegawai kerajaan yakni Y.Bhg. Dato' Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban.

Bermula 1 Ogos 2003 hingga 15 Ogos 2004, pemerintahan Yang Dipertua dipegang oleh Y.Bhg.Dato’ Mohd Jaafar bin Mohd Atan. Tanggungjawab tersebut disambung pula oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Abd Halim bin Haji Abd Latif mulai 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2018.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban selepas itu diterajui oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Zazali bin Salehuddin.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
YAB DATO' RAIS BIN YATIM 1978 - 1982
YAB DATO` SERI UTAMA TAN SRI HAJI MOHD. ISA BIN DATO' HAJI ABDUL SAMAD 1982 - 31.7.1998
Y. BHG. DATO' HAJI HASSAN @ HASANNI BIN MOHD. ZAIN 1.8.1998 - 7.7.2003
Y. BHG. DATO' MOHD JAAFAR Bin MOHD ATAN 1.8.2003 - 15.8.2004
Y.BHG. DATO' HAJI ABD. HALIM BIN ABD.LATIF 1.9.2004 - 31.7.2018
Y. BHG. DATO' HAJI ZAZALI BIN SALEHUDIN 1.8.2018 - 31.12.2019

Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban. Antara mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai ialah:

  • Mukim Setul
  • Mukim Labu
  • Mukim Rantau
  • Mukim Lenggeng
  • Mukim Pantai
  • Sebahagian Rasah
  • Sebahagian Ampangan
  • Sebahagian Seremban

Antara mukim tersebut lima (5) daripadanya adalah mukim utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.

 

SENARAI YANG DIPERTUA MDS/MPN 1979 - 2019

BIL NAMA TARIKH
1 ENCIK MUHD GHAZALI BIN MUHD IBRAHIM 11.05.1978 - 30.06.1982
2 ENCIK HAMIDI BIN ABD. HAMID 01.07.1982 - 15.05.1983
3 ENCIK ABD RAHMAN BIN HJ. AHMAD 16.05.1983 - 30.04.1987
4 ENCIK ABD LATIFF BIN DATUK MASUD 01.05.1987 - 01.12.1991
5 ENCIK ARIFFIN BIN HJ. YUSOF@JUSOH 02.12.1991 - 01.12-1992
6 ENCIK DAMANHURI BIN HUSSIN 01.06.1993 - 31.05.1998
7 ENCIK AHMAD ZAKKI BIN YAHYA 01.06.1998 - 31.01.2002
8 DATO' NOORDIN BIN MOHD YATIB 01.01.2003 - 31.12.2007
9 DATO' HJ. HALIM BIN HJ ABD LATIF 01.01.2008 - 30.07.2018
10 DATO' HJ. ZAZALI BIN SALLEHHUDIN 01.08.2018 - 31.12.2019