OPERASI KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DARI PINTU KE PINTU SEPANJANG BULAN OKTOBER 2025
Majlis Bandaraya Seremban akan mengadakan Operasi Kutipan Cukai Taksiran dari Pintu ke Pintu bagi bulan Oktober seperti di jadual.
Majlis Bandaraya Seremban akan mengadakan Operasi Kutipan Cukai Taksiran dari Pintu ke Pintu bagi bulan Oktober seperti di jadual.
Makluman penutupan Kompleks Sukan Negeri Paroi mulai 15 Oktober 2025 - 24 Disember 2025 bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf.
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.

Pengenaan Cukai Perkhidmatan (SST) 8%
Dimaklumkan bahawa bermula 1 Oktober 2025, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan mengenakan Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% bagi sewaan, pajakan, dan perkhidmatan lain selaras dengan ketetapan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di bawah kawal selia Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Orang awam diminta mengambil maklum bahawa caj SST ini akan dimasukkan dalam bil sewaan bulanan dan bil pelbagai yang dikeluarkan oleh pihak MBS selepas tarikh tersebut.
HARI BERTEMU PELANGGAN Majlis Bandaraya Seremban 2025
Pembukaan Kaunter Bergerak bagi bayaran Cukai Taksiran dan Kompaun di Program Perarakan Sempena Karnival Pesta Tanglung 2025
Tarikh : 27 September 2025 (Sabtu)
Masa : 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Lokasi : Dataran Lobak
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Kewangan MBS ditalian : 067654344
Semua warga Bandaraya Seremban dijemput hadir memeriahkan Hari Cuci Malaysia 2025: Program Pembersihan Mega Seluruh Negara
📅 Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
📍 Lokasi: Taman Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Program akan disempurnakan oleh:
YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban
🚗💨 Jom ambil peluang hebat!
🎉 DISKAUN 70% kompaun sempena Hari Kebangsaan 2025 🇲🇾
📍 Aeon Mall, Seremban 2
📅 13 – 14 September 2025
⏰ 10.00 pagi – 4.00 petang
✅ Sah untuk kesalahan tempat letak kenderaan & pelbagai (kecuali bangunan, kompaun RM10 & saman mahkamah).
👉 Jangan lepaskan peluang ini, bayar sebelum terlambat!
ACARA LARIAN TRAIL DES LENGGENG 2025 (TDL25)
Sukacita dimaklumkan bahawa Trail des Lenggeng (TDL25) edisi kedua akan diadakan pada:
29–30 November 2025
DusunNAS Farmstay & Campsite, Ulu Beranang, Lenggeng
Kategori larian:
5 km (Larian Desa Lenggeng)
15 km | 30 km | 50 km
Sasaran penyertaan: 700 pelari dari dalam & luar negara.
Objektif acara ini adalah untuk:
✅ Memperkenalkan Lenggeng sebagai destinasi eko-sukan & pelancongan.