PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM (PBT NEGERI SEMBILAN) PINDAAN 2025

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan) (pindaan) 2025 telah diwartakan pada 23 Oktober 2025 di bawah Warta Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, bagi keseragaman dan pelarasan semula kadar sedia ada kepada kadar yang dipinda, pihak Jabatan Kawalan Bangunan akan melaksanakan kadar yang dipinda bermula 1 Januari 2026 secara berperingkat. Berikut adalah perbandingan kadar sedia ada dan kadar pindaan. 

PEMBAHARUAN LESEN 2026

Pembaharuan Lesen 2026 boleh dilakukan mulai 1 November 2025 - 31 Januari 2026.

PERINGATAN❗️❗️❗️
❗️Pelesen dinasihatkan untuk mengemukakan pembaharuan AWAL bagi mengelakkan kesesakan di kaunter.
❗️Kelewatan pembaharuan akan dikenakan denda 10%-50% dari kadar lesen.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MBS ditalian 067654278 / 4247 / 4280.