Kaunter
Berapa lama setiap permohonan permit korekan jalan diproses?
Proses permohonan bagi mendapatkan permit korekan di atas rezab jalan adalah dalam tempoh 14 hari. Proses permohonan yang dimaksudkan adalah dari penerimaan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat permohonan sehingga di bawa ke mesyuarat jawatankuasa task force.
Bagaimanakah prosedur membuat permohonan permit korekan di dalam rezab jalan?
- Borang permohonan korekan jalan boleh didapati di Jabatan Kejuruteraan.
- Hantar permohonan > Syarat-syarat dipatuhi > Permohonan dibawa ke mesyuarat > Sekiranya lulus, surat syarat-syarat akan dikeluarkan > Pembayaran deposit kepada Majlis > Permit korekan dikeluarkan.
Apakah yang dimaksudkan permit korekan rezab jalan?
Permit korekan jalan ialah kelulusan atau suatu arahan bertulis oleh Datuk Bandar yang dikeluarkan oleh Jabatan Kejuruteraan bagi melakukan kerja-kerja utility kepada agensi utility seperti TNB, SAINS, IWK, Telekom, syarikat telco dan lain-lain lagi.
Adakah pengorekan jalan Majlis perlu mendapat kelulusan daripada pihak Majlis?
Ya, Jabatan Teknikal/ pemohon perlu mengemukakan surat permohonan kepada pihak Majlis dan deposit berserta syarat-syarat pengorekan akan dikenakan sebelum kerja-kerja pengorekan dimulakan/ diluluskan.
Dimanakah permohonan pelan kerja tanah dan jalan dan parit boleh dikemukakan?
Pelan ini boleh dikemukakan di Unit OSC, Majlis Bandaraya Seremban.
Adakah kerja tanah boleh dimulakan terlebih dahulu sebelum kelulusan pelan diberikan?
Tidak boleh, pemohon/ pemaju boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Undang-undang Kecil Bangunan, Akta Jalan dan Parit dan Akta Kerja Tanah.
Pagination
- Previous page
- Page 2
- Next page