Untuk makluman Warga Seremban, Majlis Bandaraya Seremban sedang mengadakan satu Pertandingan iaitu Anugerah Komuniti Mampan Majlis Bandaraya Seremban 2026 bagi memberikan penghargaan dan insentif kepada Komuniti yang melaksanakan inisiatif pembangunan mampan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak MBS. Pertandingan ini dibahagikan kepada Dua (2) Skop Pertandingan iaitu Kategori Komuniti dan Kategori Individu.

Sehubungan dengan itu, pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di Daerah Seremban mengikut Kategori Individu dan Kategori Komuniti. Para peserta hendaklah memenuhi kriteria dan syarat syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti yang tertera di dalam poster.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia seperti maklumat yang tertera di dalam poster berikut. 
Jom sertai pertandingan ini !