Majlis Penyerahan Medan Tiara Biz Sendayan telah diadakan oleh pihak Matrix Concepts Holdings Berhad kepada YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. En. Ho Kong Soon, Pengarah Urusan Matrix Concpets Holdings Berhad telah menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan sebanyak 12 unit gerai kepada pihak MBS. Medan Tiara Biz Sendayan telah diberi CCC pada 14 Disember 2020.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tn. Mas Midyawan bin Yahya (Setiausaha MBS), Pengarah Kawalan Bangunan MBS dan Pengarah Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran MBS.

Majlis ini telah diadakan dengan SOP yang ketat dengan bilangan jemputan kurang daripada 10 orang hadirin.
 

MAJLIS PENYERAHAN MEDAN TIARA BIZ SENDAYAN
 
MAJLIS PENYERAHAN MEDAN TIARA BIZ SENDAYAN