OBJEKTIF
- Memastikan semua aduan awam yang dikemukakan kepada jabatan yang berkenaan diambil tindakan penyelesaian dengan secepat mungkin, mewujudkan hubungan komunikasi yang baik antara Majlis dengan masyarakat awam sebagai pelanggan dan membentuk imej korporat yang seiring dengan Daerah Seremban sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun.
FUNGSI JABATAN
- Bahagian Komuniti dan Pentadbiran Am
- Bahagian Pembangunan Sukan dan Penyelenggaraan
- Bahagian Pelancongan dan Pengurusan Acara
- Mengendalikan dan menguruskan aduan awam dengan efisien;
- Menguruskan dan menyelaras jemputan serta teks ucapan Majlis – Majlsi Rasmi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang memerlukan penglibatan majlis;
- Menguruskan penerbitan Buletin Majlis;
- Menguruskan permohonan PPKB dan e-Kasih;
- Menyelaras aktiviti dan program kemasyarakatan;
- Bertindak sebagai urusetia bagi pihak Yang Dipertua dengan media cetak dan media elektronik berkaitan kenyataan akhbar dan hebahan program anjuran jabatan;
- Menghadiri mesyuarat – mesyuarat dalaman Majlis dan mesyuarat – mesyuarat peringkat negeri dan daerah;
- Bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA21) ;
- Mengaturkan dan melaksanakan aktiviti dengan pihak media khususnya akhbar tempatan jika timbul isu berkaitan tanggungjawab Majlis;
- Mengurus fasiliti sukan dan menjana hasil melaluli sewaan fasiliti sukan serta membudayakan sukan dengan penganjuran acara-acara sukan melalui kolaborasi bersama agensi Kerajaan dan swasta; dan
- Melaksanakan pelan pembangunan dan strategik pelancongan Seremban dengan kerjasama agensi Kerajaan dan pihak-pihak industri.