LATAR BELAKANG
Unit Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Buildings) mula beroperasi pada tahun 2007. Unit ini bertanggungjawab mengawal selia kesempurnaan dan penyenggaraan semua jenis bangunan berhakmilik strata seperti berikut :
- Bangunan kediaman seperti kondominium, pangsapuri serta pemajuan berkonsepkan komuniti berpagar (gated community); dan
- Bangunan komersial seperti bangunan pejabat, kompleks membeli belah, pangsapuri perkhidmatan (service apartment), pemajuan bercampur (mixed development) dan bangunan industri.
- Lain-lain bangunan yang akan memperolehi hakmilik strata.
Disamping memastikan wujudnya kesedaran dan pendedahan berhubung tanggungjawab sebagai pembeli/ pemilik/ pemaju/ Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) bagi sesebuah komuniti berstrata dengan menggunapakai Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015. Unit ini juga memastikan peningkatan aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan akta tersebut.
OBJEKTIF
Memastikan pengurusan bangunan berstrata dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk berstrata.
FUNGSI
Akta 757 digubal bagi memastikan penyenggaraan dan pengurusan semua jenis bangunan berstrata diurus dengan baik dan dikawal selia oleh COB mengikut peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
- Mewujudkan dan mengemaskini inventori semua kawasan pemajuan berstrata (Pangkalan Data).
- Memproses pemfailan jadual petak oleh Pemaju.
- Menguruskan pemfailan unit syer bagi pemajuan yang belum ditetapkan unit syer.
- Memproses permohonan sijil Badan Pengurusan Bersama (JMB).
- Memantau dan menguruskan deposit membaiki kecacatan untuk kegunaan Pesuruhjaya Bangunan bagi skim pemajuan berstrata yang memohon pemilikan kosong.
- Memantau penubuhan JMB/MC di semua kawasan pemajuan berstrata.
- Memberi khidmat nasihat kepada Pemaju/ JMB/ MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
- Mengawalselia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama.
- Memastikan mesyuarat AGM dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menyelaras, mengendali & mengambil tindakan penyelesaian pertikaian di antara pengadu dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk menjadi mediator.
- Memantau akaun pengurusan bangunan berstrata.
- Mengambil tindakan penguatkuasaan, menjalankan penyiasatan dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 757.
- Membuat pelantikan & mengawal selia ejen pengurusan yang dilantik oleh COB.