OBJEKTIF
- Menjadikan Bandar Seremban Sebagai Sebuah Bandaraya Yang Mempunyai Imej Dan Identiti Yang Tersendiri Bagi Memenuhi Keperluan Dan Kesejahteraan Hidup.
- Mewujudkan Pembangunan Landskap Yang Sejajar Dengan Peningkatan Mutu Alam Sekitar Serta Menjadikan Seremban Sebagai Sebuah Bandar Dalam Taman.
FUNGSI
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kekemasan Bandar.
- Memproses permohonan kelulusan pelan landskap.
- Menyediakan dokumen Tender/Sebutharga bagi kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan landskap.
- Memeriksa dan memberi sokongan bagi permohonan CCC.
- Mengurus dan memantau penyelenggaraan landskap di dalam kawasan operasi MBS.
- Menerima, mengurus dan memantau aduan awam seperti cantasan pokok, kerosakan alatan permainan serta lain-lain berkaitan.
- Mengurus dan memantau Projek Pembangunan Landskap yang dijalankan.
- Menyediakan garis panduan landskap untuk digunapakai dalam pembangunan.
- Merancang dan menyediakan kertas kerja pembangunan untuk memohon peruntukan JLN dan UPEN.
- Memantau dan mengurus penyelengaraan padang-padang didalam kawasan MBS.
- Menyelenggara dan mengurus Taman-taman Permainan didalam kawasan operasi MBS.
- Pengurusan Aset dan Stor
- Membuat pendaftaran aset / inventori (aset bernilai rendah).
- Menjalankan pemeriksaan aset.
- Melaksanakan pelupusan aset.
- Melaksanakan proses hapus kira.
- Menyediakan Pesanan Tempatan (L.O)
- Memproses sokongan bagi permohonan permit izin lalu.
- Memeriksa landskap taman perumahan termasuk taman permainan bagi pembangunan yang akan diserahkan.
- Mengendalikan maklumat kawasan lapang i-Landskap.
- Menguruskan hiasan bunga untuk majlis rasmi.
- Menyediakan perkhidmatan sewaan bagi kemudahan seperti hiasan bunga pasu untuk upacara rasmi pihak kerajaan dan swasta, sewa basikal di Gelanggang Basikal dan Dataran Nilai.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan hiasan dan penyelenggaraan kepada agensi yang memerlukan.
- Memproses bayaran pampasan bagi permohonan menebang pokok milik MBS sepertimana Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Bahagian VA.
- Mengatur dan menyelia renjer taman (kes pokok tumbang dan membaiki alatan mainan yang rosak).
- Mengurus dan menyelia tapak semaian di Mantin dan Kampung Sentosa, Paroi.