Sewaan Ruang Iklan LED MBS

Sewaan Ruang Iklan LED

SYARAT PERMOHONAN :

  1. Melengkapkan borang permohonan sewaan ruang iklan skrin LED (Borang BPL-10).
     
  2. Setiap visual yang hendak dipaparkan hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan jika visual yang dicadangkan mengandungi bahasa-bahasa lain dari Bahasa Melayu, tulisan tersebut hendaklah berukuran 50% lebih kecil dari tulisan dalam Bahasa Malaysia dan perkataan dalam Bahasa Malaysia tersebut hendaklah ditunjukkan dengan cara lebih mudah dilihat.
     
  3. Kembalikan borang beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-
    a) Sijil Dewan Bahasa dan Pustaka beserta contoh lukisan (artwork) cetakan komputer lengkap dengan saiz
    b) 2 salinan visual iklan dlam bentuk hardcopy dan 1 dokumen softcopy.
    c) Salinan Lesen Perniagaan (iklan berbentuk pengiklanan perniagaan)
    d) Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM).
     
  4. Visual tidak mengandungi unsur-unsur menghina atau mengundang sensitiviti sesuatu kaum, agama, politik, lucah, rokok, arak, eksploitasi wanita dan seumpamanya.

CARA MEMOHON :

  1. Melengkapkan borang permohonan. Borang permohonan boleh didapati di :

    a) Unit Komunikasi Korporat, Tingkat 1,
        Wisma Bandaraya Seremban,
        Persiaran Forest Heights 1, Seremban-Tampin,
        70450 Seremban,
        Negeri Sembilan

    b) Klik untuk muat turun borang.
     
  2. Borang Permohonan disertakan dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar ke alamat seperti para (a) di atas dan softcopy visual dihantar ke emel led@mbs.gov.my.
     
  3. Bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak RM20.00 bagi setiap jenis lesen yang dipohon.
     
  4. Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat akan ditolak.


    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 06-7654791 dan 06-7654848.