PERMOHONAN PEMBINAAN BONGGOL JALAN (HUMP) DI DALAM TAMAN PERUMAHAN

CARA-CARA UNTUK MEMOHON:

  1. Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan mengemukakan permohonan tersebut melalui Yang Berhormat, Ahli Majlis, Persatuan Penduduk, atau Rukun Tetangga.
  2. Permohonan perlu menyertakan sebab-sebab permohonan serta pelan tapak atau lokasi dimana kedudukan bonggol jalan yang dicadangkan.
  3. Permohonan dikehendaki menyertakan surat persetujuan atau tandatangan daripada penghuni rumah dimana bonggol yang akan di bina di hadapan rumahnya (sekurang-kurangnya 4 buah rumah yang terlibat).

 

KRITERIA DAN SYARAT PEMBINAAN BONGGOL (HUMP):

  1. Keutamaan kepada jalan dalam taman perumahan, jalan yang sibuk seperti jalan yang menghubungkan antara taman-taman perumahan mengikut kelulusan Pegawai Penguasa.
  2. Berhampiran kawasan tumpuan orang awam seperti masjid/surau atau rumah ibadat, dewan, taman permainan/tempat rekreasi, padang, sekolah/tadika dan lain-lain.
  3. Jarak di antara bonggol jalan sedia ada yang bersesuaian mengikut kelulusan Pegawai Penguasa.
  4. Tidak terdapat petak tempat letak kereta di kiri atau kanan jalan atau keduaduanya.
  5. Tidak menghalang laluan keluar/masuk ke rumah yang berdekatan dengan lokasi permohonan.
  6. Permohonan pembinaan bonggol di lokasi berhampiran dengan persimpangan jalan/utiliti sedia ada adalah tidak dibenarkan.

 

Muat Turun Borang Permohonan Pembinaan Bonggol Jalan (Hump) :

Tarikh Kemaskini: