PROSEDUR BAGI KAWALAN KEATAS KES-KES DEMAM DENGGI YANG DI LAPORKAN OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEREMBAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SEMBURAN ASAP.
| PROSES KERJA |
|---|
| 1. Menerima laporan kejadian kes demam denggi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban |
| 2. Merekod kes yang dilaporkan ke dalam Buku Daftar Kes Demam Denggi |
| 3. Memanjangkan kes kepada PPKP U29/32 untuk semakan |
| 4. Membuat semakan terhadap kes yang dilaporkan dan tindakan yang telah diambil oleh PKS dan memanjangkan kepada Pengarah untuk makluman dan arahan |
| 5. Mengarahkan PPKP U29/32 untuk menjalankan kerja kawalan kes demam denggi sekiranya masih belum diambil tindakan |
| 6. Mengatur jadual kerja bagi kawalan kes demam denggi mengikut lokaliti yang diarahkan |
| 7. Menyediakan peralatan untuk kawalan kes denggi dan kakitangan dengan menggunakan Senarai Semak |
| PROSES KERJA |
|---|
| 1. Menjalankan aktiviti kawalan kes demam denggi menggunakan kaedah fogging atau Cold Fog ( ULV ) bersama dengan Pekerja Rendah Awam dan Pemandu sepertimana dalam Arahan Kerja Semburan Asap Kes Demam Denggi |
| 2. Menyediakan Laporan Harian Aktiviti Kawalan Kes Demam Denggi dan Laporan Bulanan Kawalan Kes Demam Denggi / Pencegahan Kes Demam Denggi dan di panjangkan kepada PPKPU29/32 untuk semakan |
| 3. Menyemak Laporan Bulanan Kawalan Kes Demam Denggi / Pencegahan Kes Demam Denggi dan di panjangkan kepada Pengarah JLB untuk makluman dan arahan |
| 4. Mengarahkan supaya Laporan Bulanan Kawalan Kes Demam Denggi / Pencegahan Kes Demam Denggi dimaklumkan kepada PKS |
| 5. Menyediakan surat makluman Kawalan Kes Demam Denggi / Pencegahan Kes Demam Denggi dan memanjangkan kepada PPKP U32 untuk semakan. |
| 6. Memanjangkan surat makluman Kawalan Kes Demam Denggi / Pencegahan Kes Demam Denggi kepada Pengarah JLB untuk tandatangan |
| 7. Menghantar surat makluman Kawalan Kes Demam Denggi / Pencegahan Kes Demam Denggi Pegawai Kesihatan Daerah Seremban melalui pos |
| 8. Failkan laporan dan surat makluman |