Objektif

  1. Bertanggungjawab mempertingkatkan serta melicinkan pengurusan Jabatan Kejuruteraan dan pentadbiran Majlis.
  2. Bertanggungjawab memastikan semua senggaraan seperti jalanraya, perparitan, lalulintas, bangunan, longkang dan lain-lain sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan dari masa ke semasa.
  3. Memproses semula pelan-pelan infrastruktur untuk kerja tanah, jalan dan lampu jalan.
  4. Menyelenggara bangunan dan harta Majlis Perbandaran Seremban.
  5. Memberi nasihat teknikal untuk projek-projek pembangunan yang dilaksanakan secara usaha sama dengan pihak swasta.
  6. Mengkaji, merancang dan melaksanakan sistem lalulintas dalam kawasan pentadbiran Majlis terutamanya dalam Pusat Bandar.
  7. Menyenggara bengkel dan stor Majlis termasuk mengurus pembelian secara berpusat dan menyelenggara kenderaan dan jentera Majlis.
  8. Memastikan kemudahan-kemudahan sosial dan riadah disediakan untuk penduduk setempat.

 

Fungsi

  1. Penyelenggaraan Jalan dan Saliran
  2. Pengurusan Projek dan Lalulintas
  3. Pengawalan Pembangunan
  4. Penyelenggaraan Bangunan
  5. Penyelenggaraan Elektrik
  6. Ukur Bahan dan Kontrak
  7. Penyelenggaraan Bengkel dan Pengangkutan
  8. Pengurusan Pentadbiran

Objektif

Untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan tunggakan serta mengagihkan sumber kewangan secara adil dan berhemah bagi program dan aktiviti mengikut peraturan dan dasar-dasar kewangan sedia ada.

 

Fungsi

  1. Mengutip hasil
  2. Menguruskan bayaran
  3. Bajet
  4. Pelaburan
  5. Penguatkuasaan Cukai Taksiran
  6. Penguatkuasaan Sewaan
  7. Penyata Kewangan Tahunan

Objektif

  1. Mengawal dan menyelaras pembangunan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban ke arah mewujudkan  bandar yang sistematik, teratur, mesra alam, berteknologi tinggi dan mampan untuk keselesaan penduduk setempat. 

 

Fungsi

  1. Menerima dan memproses pelan-pelan permohonan untuk mendirikan bangunan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban berpandukan Akta, Undang-Undang Kecil dan Polisi sedia ada.
  2. Memproses permohonan untuk pengeluaran Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO) dan memberikan sokongan bagi pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) oleh Perunding Arkitek / Jurutera Berdaftar.
  3. Membuat kerja-kerja penguatkuasaan terhadap binaan yang telah melanggar syarat atau telah dibina tanpa mendapat kebenaran daripada pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban.
  4. Memproses permohonan bagi permit kerja-kerja kecil, permit dinding sesekat, permit awning komersil, permit awning dan permit papan iklan dan lain-lain permit yang berkaitan.
  5. Merekabentuk dan menyelia projek-projek pembangunan khas Majlis.
  6. Menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan awam yang berkaitan dengan masalah bangunan dan pembinaan.

Objektif

Bertanggungjawab memastikan urusan pengurusan am dan perkhidmatan personel Majlis diuruskan secara efisyen dan sistematik mengikut peraturan-peraturan / pekeliling-pekeliling yang ditetapkan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan dengan sistem penyampaian yang cekap dan berkualiti.

 

Fungsi

A) Bahagian Pentadbiran

Secara dasarnya, Bahagian Pentadbiran JKP mempunyai 15 fungsi penting yang juga merupakan tunjang utama kepada pengurusan Majlis Bandaraya Seremban. Berikut adalah fungsi-fungsinya:
 

  1. Pengurusan Aset Jabatan
  2. Sewaan Dewan.
  3. Bayaran Balik Bil-Bil Telefon Jabatan dan Bil Telefon Bimbit.
  4. Keselamatan Perlindungan Jabatan.
  5. Penyelenggaran Bangunan Kediaman Termasuk Berek/Asrama/ Rumah Rehat.
  6. Perkhidmatan Pembersihan dan Pungutan.
  7. Pemantauan Pengawal Keselamatan.
  8. Memproses Permohonan Penutupan Jalan Dalam Taman.
  9. Memproses Tuntutan Insuran.
  10. Menguruskan Sewaan Tapak Booth.
  11. Menyelia dan Menguruskan Sebutharga.
  12. Menyelia Keseluruhan Keselamatan Jabatan.
  13. Menyelia Dan Menyelaras Harta Modal Dan Inventori.
  14. Urusetia Mesyuarat :
    1. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
    2. Mesyuarat Pengurusan.
    3. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
    4. Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan.


B) Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Sumber Manusia pula merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk mengatur dan mengenalpasti prestasi pegawai atau modal insan dalam sesuatu organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Terdapat 19 fungsi di Bahagian Sumber Manusia JKP iaitu :
 

  1. Belanjawan Gaji Pegawai Majlis.
  2. Naziran Perjawatan Majlis.
  3. Urusan Pinjaman Mengikut Belanjawan.
  4. Kenaikan Gaji Tahunan.
  5. Pemberian Taraf Berpencen dan Caruman Pencen.
  6. Cuti Rehat dan Cuti Tanpa Rekod.
  7. Semua Perkara Berkaitan Persaraan.
  8. Urusan Pelantikan Semua
  9. Jawatan Tetap dan Kontrak.
  10. Peperiksaan Pegawai dan Kakitangan.c
  11. Kursus, Latihan, Bengkel dan Seminar.
  12. Caruman KWSP dan PERKESO.
  13. Urusan Berkaitan Penyambungan.
  14. Kontrak dan Ganjaran Kontrak.
  15. Permohonan untuk Menjalani Latihan praktikal di MBS.
  16. Pemeriksaan Kesihatan Pegawai dan Kakitangan.
  17. Program Pekerja Contoh Bulanan.
  18. Permohonan Pinjaman Peribadi Pegawai dan Kakitangan.
  19. Kenaikan Pangkat Pegawai dan Kakitangan.

Objektif

Merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara projek - projek teknologi maklumat dan komunikasi untuk Majlis Bandaraya Seremban.

 

Fungsi

  1. Merancang dan mengurus pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi Majlis.
  2. Merancang keperluan kapasiti dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian komputer Majlis.
  3. Merancang, merekabentuk, mengurus pembangunan dan menyelenggara infrastruktur ICT dan keselamatan Majlis.
  4. Membangun dan menyelenggara portal rasmi dan perkhidmatan Online Majlis.
  5. Mengurus perolehan pemasangan projek kamera litar tertutup (CCTV) disekitar bandar Seremban di bawah program bandar selamat bagi tujuan pemantauan kegiatan jenayah oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Unit Perundangan

  • Memberikan nasihat perundangan.
  • Menjalankan pendakwaan kes di mahkamah.
  • Mengeluarkan Notis Peringatan kepada Orang Kena Kompaun (OKK).
  • Menyemak Perjanjian, Memorandum Persefahaman (MOU) dan Notis Perundangan.
  • Menyediakan, menggubal dan menyemak draf UUK, Perintah dan Kaedah.
  • Menguruskan Tuntutan Tindakan Sivil bersama panel Peguam Majlis.
  • Menguruskan Notis Tuntutan Tunggakan Sewa PPRT melalui panel Peguam Majlis.
  • Menguruskan Tuntutan Tunggakan Cukai Taksiran melalui panel Peguam Majlis.

Unit Penguatkuasaan

  • Menjalankan Penguatkuasaan Undang-Undang.
  • Menjalankan Operasi Penguatkuasaan.
  • Menjalankan tugas rondaan dan pemantauan di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  • Menjalankan kawalan dan penguatkuasaan kesalahan lalulintas.
  • Menerima dan menyiasat aduan awam.
  • Menguruskan proses pelaksanaan sitaan.
  • Mengeluarkan Notis Kacauganggu dan kompaun.
     

Unit Letak Kereta

Pengurusan Tempat Letak Kereta

  • Menguruskan Penswastaan Tempat Letak Kereta di Seremban dan Nilai.
     
  • Menguruskan Permohonan Letak Kereta Bermusim / Sewa Khas.
     
  • Menguruskan Permohonan Letak Kereta Harian.
     
  • Menguruskan Kutipan di Pondok.
     
  • Menguruskan Cat Petak Sewa Khas.
     
  • Menguruskan Permohonan Sokongan Pengesahan Tempat Letak Kereta di Kawasan MBS-SPAD.
     
  • Menyediakan surat Pemberitahuan Pelanggaran Perintah Lalulintas Jalan. (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) MBS.
     
  • Memantau aduan awam.
     
  • Pengeluaran Kompaun Kesalahan Lalulintas dan Kelulusan Permohonan Sewa Letak Kereta.

     

Objektif

Untuk mengenakan cukai taksiran ke atas semua pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis serta menguruskan harta-harta Majlis dan rekod-rekod penilaian dengan cekap dan sempurna.

 

Fungsi

UNIT NILAIAN DAN KADARAN

  1. Membuat lawat periksa, menilai dan menyenarai tanah dan bangunan untuk kutipan cukai taksiran.
  2. Mengeluarkan notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian (KPSN) bagi setiap penggal.
  3. Menyediakan segala dokumen dan persiapan bagi pengendalian urusan mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
  4. Mengendalikan mesyuarat mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
  5. Menguruskan dan mengemaskini akaun-akaun harta yang dinilai.
  6. Menyediakan laporan dan nilaian ke atas bangunan yang terlibat dengan pembinaan tanpa kelulusan Majlis yang hendak dibawa ke mahkamah.
  7. Mengenal pasti harta-harta yang belum dikenakan cukai taksiran untuk dinilai dan disenaraikan bagi kutipan cukai taksiran.
  8. Merekod penerimaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang diterima dari Jabatan Kawalan Bangunan.
  9. Menyelia pelan-pelan piawai, pelan akui dan pelan digital dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta pengurusan fail-fail kawalan.
  10. Membangun, menyelenggara dan mengawal serta mempertingkatkan penambahbaikan sistem penilaian dan penggunaan aplikasi berkomputer.
  11. Menguruskan carian rasmi butiran hakmilik tanah di Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Tanah & Daerah Seremban.
  12. Menguruskan segala aduan awam dan membekalkan maklumat serta surat-menyurat berkaitan kadaran.
  13. Menyediakan laporan dan nilaian ke atas setiap harta milik Majlis.
  14. Merancang dan memantau segala persiapan dan pelaksanaan kerja-kerja Penilaian Semula

UNIT SMK DAN REMISI

  1. Mengenal pasti dan menjalankan kerja-kerja lawat periksa harta jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang terlibat serta harta-harta Angkatan Tentera Malaysia untuk tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).
  2. Menyediakan Senarai Nilaian untuk disahkan oleh JPPH.
  3. Mengemukakan tuntutan bayaran kepada Kementerian Perumahan dan Unit Kerajaan Tempatan.
  4. Mengemaskini maklumat senarai harta yang terlibat dengan SMK pada setiap tahun.
  5. Membangunkan aplikasi berkomputer bagi kerja-kerja nilaian harta yang terlibat dengan SMK.
  6. Membuat kajian pembangunan kompleks agensi kerajaan dalam kawasan tadbiran Majlis.
  7. Memastikan aras nilai yang digunapakai dalam menilai harta-harta kerajaan diseragamkan.
  8. Membuat semakan bayaran yang diterima daripada pihak jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia.
  9. Menyemak, mendaftar dan merekod surat permohonan tuntutan pulangan balik cukai taksiran (remisi).
  10. Menjalankan kerja-kerja lawat periksa bagi harta yang terlibat dengan remisi.
  11. Menghantar surat dan Borang Permohonan Remisi kepada pemilik harta yang terlibat.
  12. Mengemaskini tarikh kekosongan dan membuat pengiraan ke dalam sistem berdasarkan borang yang dikembalikan oleh pemohon.
  13. Mencetak Senarai Edit Remisi, Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini untuk disemak dan disahkan.
  14. Mengemukakan Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini kepada Pengarah Kewangan untuk dikemaskini.
  15. Menghantar Surat Pemberitahuan Jumlah kepada pemilik harta yang layak mendapat remisi.
  16. Mengemaskini fail-fail yang terlibat dengan permohonan remisi.
  17. Menguruskan surat-surat awam yang berkaitan dengan permohonan remisi.
  18. Menyenggara dan mempertingkatkan aplikasi berkomputer remisi.

UNIT PENGURUSAN HARTA

  1. Mengemaskini butiran maklumat harta yang terlibat dengan pindahmilik dan tukar alamat.
  2. Mengurus dan membuat nilaian ke atas harta Majlis.
  3. Merangka dan merancang strategi bagi melaksanakan langkah-langkah mempertingkatkan hasil Majlis.
  4. Membuat kajian dan memberi khidmat nasihat terhadap projek penswastaan/usahasama dan pelaburan hartanah yang diceburi oleh pihak Majlis.
  5. Mengumpul dan membuat analisa terhadap maklumat pasaran, sewaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan hartanah dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  6. Menyedia dan membekalkan maklumat harta dan pemilik kepada jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.
  7. Membuat semakan ke atas tunggakan cukai taksiran bagi kelulusan permohonan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  8. Membantu pentadbiran Majlis dalam urusan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran ke atas harta-harta yang ada tunggakan melalui penyemakan kelulusan kebenaran merancang dan juga lelongan awam.
  9. Menyediakan kertas kerja berkaitan hal-hal kadaran dan atas keperluan pihak Majlis.
  10. Membuat pemeriksaan bagi tujuan pelupusan harta alih Majlis.
  11. Membuat nilaian ke atas barangan yang disita akibat kegagalan menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
  12. Membuat nilaian ke atas barangan yang dirampas oleh Unit Penguatkuasa kerana tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis untuk dilelong.

UNIT PENGURUSAN TERMINAL 1

  1. Menguruskan kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan Terminal 1 Seremban.
  2. Menyediakan dan memproses permohonan pelekat kenderaan laluan bas di Terminal 1 Seremban.
  3. Menguruskan hal-hal berkaitan surat menyurat awam.
  4. Memproses permohonan kedai/kiosk/outlet/ kaunter tiket dan papan iklan.
  5. Memproses penyediaan sebutharga/tender bagi kerja-kerja di Terminal 1 Seremban.
  6. Memastikan pengurusan tempat letak kereta, motosikal dan bas dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.
  7. Pemantauan ke atas kerja-kerja oleh kontraktor kawalan keselamatan di Terminal 1 Seremban.
  8. Membuat pemeriksaan tahap kebersihan di Terminal 1 yang dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.
  9. Menyediakan laporan aliran tunai (hasil kutipan dan perbelanjaan) Terminal 1 Seremban bagi Mesyuarat Majlis Penuh MPS.
  10. Melaksanakan kerja-kerja pengeluaran notis penamatan sewaan serta penarikan dan pengosongan premis di Terminal 1 Seremban.
  11. Menyediakan dokumen perjanjian penyewaan dan proses memperbaharui perjanjian bagi penyewa-penyewa di Terminal 1 Seremban.
  12. Membuat pemeriksaan dan pemantauan di Terminal 1 Seremban bagi mengenal pasti masalah yang ada.
  13. Menerima dan menyelesaikan aduan dari orang awam, penyewa dan lain-lain.
  14. Mengeluarkan notis untuk membayar tunggakan sewaan dan utiliti bagi premis-premis sewaan di Terminal 1 Seremban.
  15. Menyemak dan merekod bacaan meter bagi penggunaan utiliti (bekalan elektrik dan air) untuk dikemukakan kepada Jabatan Kewangan.
  16. Membuat kerja-kerja pemotongan utiliti terhadap premis-premis sewaan yang mempunyai tunggakan sewaan kepada pihak Majlis.
  17. Memastikan kontraktor yang dilantik supaya menguruskan tempat simpanan barang (luggage) dengan baik.

UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengurus dan memastikan pentadbiran harian pejabat diuruskan secara efisyen dan sistematik mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
  2. Menguruskan rekod berkaitan dengan kawalan belanjawan Jabatan.
  3. Menguruskan rekod berkaitan dengan Pesanan Tempatan, tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.
  4. Menguruskan semua surat-menyurat awam Jabatan.
  5. Pengurusan perkhidmatan kaunter Jabatan.
  6. Menguruskan serahan tangan/pos surat dan dokumen.
  7. Menguruskan fail-fail berkaitan pentadbiran dan Senarai Nilaian.
  8. Menguruskan hal-ehwal berkaitan cuti kakitangan Jabatan.
  9. Menguruskan penilaian prestasi kakitangan Jabatan.
  10. Menguruskan rekod sistem kehadiran bagi semua kakitangan Jabatan.
  11. Menguruskan permohonan peperiksaan, seminar, kursus dan bengkel kakitangan.
  12. Menguruskan inventori dan harta modal Jabatan.
  13. Menguruskan stok barang-barang keperluan Jabatan.
  14. Menyelaras penyediaan myPortfolio bagi kakitangan Jabatan.
  15. Mengurus tempahan penggunaan bilik mesyuarat gunasama Jabatan.
  16. Mengawal secara keseluruhan keselamatan pejabat.

Objektif

Bertanggungjawab di dalam segala hal yang berkaitan dengan aktiviti perancangan dan pembangunan.


Fungsi
A.    Bahagian Pentadbiran

  1. Menguruskan aduan dan  pertanyaan awam
  2. Menyediakan Pesanan Tempatan (LO)

B.    Kawalan Perancangan

  1. Memproses dan meluluskan permohonan kebenaran merancang.
  2. Memproses dan meluluskan permohonan menamakan taman, jalan dan menomborkan rumah / bangunan.
  3. Menyemak dan memberi ulasan perancangan ke atas permohonan pelan bangunan.
  4. Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan tanah kerajaan.
  5. Menguruskan permohonan pengambilan balik tanah bagi tujuan awam.
  6. Memberi ulasan terhadap permohonan lesen perniagaan.
  7. Menyemak dan memberi ulasan permohonan kelukusan CF dan CCC (Pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan)
  8. Menyemak dan memberi ulasan terhadap permohonan permit pasir kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
  9. Mengendalikan permohonan kes-kes rayuan perancangan yang didaftarkan oleh Lembaga Rayuan JabatanPerancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan.
  10. Urusetia Mesyuarat dan menguruskan peruntukan Akaun Tabung Amanah Sumbangan Perkuburan Majlis.

C.    Rancangan Pembangunan

  1. Menyelaras pelaksanaan proses penyediaan Rancangan Pemajuan.
  2. Menguruskan permohonan pengwartaan kawasan lapang.
  3. Merencana dan menyelaras projek-projek usahama
  4. Menguruskan pengumpulan data bagi program Bandar Mampan (MURNInets)
  5. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dan menguruskan peruntukan Program Bandar Selamat.
  6. Mengurus dan mengemaskini data-data GIS.
  7. Penguatkuasaan kesalahan - kesalahan dibawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) termasuk pindaan.
  8. Menyelaras garis panduan dan piawaian perancangan yang  dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.
  9. Memantau penggunaan aplikasi dalaman sistem GIS

Bahagian Pelesenan

  1. Memproses permohonan lesen premis perniagaan (baru, rayuan, pembaharuan, permit sementara kawasan awam).

  2. Memproses permohonan permit berkaitan ekspo, karnival, pertunjukan pentas, festival & bazaar ramadhan.

  3. Memproses permohonan papan iklan dan kain rentang.

  4. Memproses permohonan sewa dan lesen gerai / pasar / penjaja. 

  5. Membuat pemantauan peniaga gerai / pasar / penjaja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

  6. Menguruskan penganjuran Bazar Ramadhan.

  7. Memproses permohonan permit Bazar Ramadhan.

  8. Mengeluarkan notis peringatan kepada pelesen yang tidak menjelaskan bayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

  9. Memperbaharui lesen perniagaan dan permit sementara kawasan awam.

  10. Mengenalpasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan. 

  11. Menyiasat dan mengambil tindakan semua aduan berkaitan.
     

Bahagian Pentadbiran

  1. Permohonan baru dan pembaharuan lesen. 

  2. Permohonan baru kain rentang/banting.

  3. Permohonan permit sementara.

  4. Urusetia mesyuarat keutuhan jabatan. 

  5. Surat-menyurat mesyuarat jabatan. 

  6. Posting resit-resit harian. 

  7. Rekod dan pendaftaran fail-fail pelesenan dan pentadbiran. 

  8. Urusan perkhidmatan / cuti kakitangan.

  9. Urusetia mesyuarat jawatankuasa pelesenan dan pembangunan usahawan. 

  10. Belanjawan dan perbelanjaan jabatan. 

  11. EKSA, piagam pelanggan, Audit Pengurusan Kewangan, MS ISO

  12. Menyediakan laporan tahunan jabatan.

  13. Memproses tuntutan elaun perjalanan kakitangan jabatan.

  14. Memproses elaun lebih masa jabatan.

  15. Mengurus dan memantau aset tetap dan aset alih serta stok alat tulis jabatan. 

  16. Kaunter perkhidmatan lesen.

  17. Menerima dan menyalurkan aduan berkaitan lesen, gerai, pasar melalui SISPAA, panggilan telefon, whatsapp dan lain-lain. 

  18. Myportfolio kakitangan. 

Objektif

  1. Untuk Menjadikan Bandar Seremban Sebagai Sebuah Bandaraya Yang Mempunyai Imej Dan Identiti Yang Tersendiri Bagi Memenuhi Keperluan Dan Kesejahteraan Hidup.
  2. Mewujudkan Pembangunan Landskap Yang Sejajar Dengan Peningkatan Mutu Alam Sekitar Serta Menjadikan Seremban Sebagai Sebuah Bandar Dalam Taman.

 

Fungsi

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  • Menyelia surat menyurat, bajet pentadbiran jabatan, elaun-elaun dan peruntukan kewangan jabatan. 
     
  • Menerima dan mengeluarkan resit bayaran serta tugas-tugas kewangan. 
  • Menyelaraskan aset-aset jabatan. 
     
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti / program-program jabatan dan kerja harian melalui arahan yang diarahkan dari masa ke semasa. 
     
  • Permohonan / bayaran sewaan pasu bunga / sewaan dataran / sewaan taman-taman awam dari orang awam / jabatan-jabatan kerajaan dan sbgnya. 
     
  • Menguruskan bayaran bil pelbagai. 
     
  • Mengatur aktiviti lawatan, kursus dan latihan kakitangan serta penyelarasan permohonan latihan serta lawatan dari orang awam dan penuntut. 
     
  • Menyelaras program harian antara jabatan dan unit-unit bahagian. 
     
  • Menyediakan kertas kerja penilaian sebutharga untuk dimasukkan ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebuthara/Tender. 
     
  • Menyelaras maklumbalas-maklumbalas jabatan. 
     
  • Menguruskan aduan-aduan awam berkaitan aktiviti jabatan. 

 

Unit Rekabentuk 

  • Menyediakan rekabentuk standard imej korporat dalam kejuruteraan landskap dan pembangunan bandar serta perabot taman. 
     
  • Merekabentuk pelan projek landskap dan pengindahan Majlis. 
     
  • Membuat perancangan kerja tahunan dan bulanan projek-projek landskap bagi peruntukan Majlis dan Persekutuan. 
     
  • Mengurus sebutharga dan menyelia tender rekabentuk pembangunan dan taman, peruntukan persekutan dan Majlis serta Jabatan Landskap Negara. 
     
  • Menyediakan program-program berbentuk pembudayaan landskap dan sebagainya. 

 

Unit Kawalan Pembangunan

  • Berfungsi untuk mengkaji, mengawal, membantu dan meluluskan pelan projek landskap.
     
  • Membuat lawatan tapak, menyelia, memantau projek landskap jabatan dan pemaju perumahan. 
     
  • Berfungsi bagi kelulusan pelan landskap dan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC).

 

Unit Taman Orkid

  • Membuat perancangan kerja tahunan dan bulanan projek-projek landskap di Taman Orkid. 
     
  • Menyelaras rekod-rekod aset tak alih bagi Taman Orkid.
     
  • Menyediakan perancangan, dokumen tender dan sebutharga bagi kerja-kerja berkaitan keperluan Unit Taman Orkid.
     
  • Merancang kesesuaian bunga yang perlu ditanam untuk menyerikan lagi Unit Taman Orkid.
     
  • Membantu operasi kerja-kerja hiasan taman, bangunan dan pentas untuk jabatan. 

 

Unit Tapak Semaian Paroi / Mantin

  • Menyelia, menyelaras program kerja dan operasi tapak semaian bunga MBS. 
     
  • Merancang kesesuaian bunga yang perlu ditanam dan pengeluaran anak benih mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 
     
  • Menyedia dokumen sebutharga penggunaan anak benih, racun serangga, baja, polibag, pasu, tanah dan lain-lain yang berkaitan.
     
  • Merekodkan semua stok bekalan yang dikeluarkan dan stok baru yang dimasukkan ke dalam stor. 
     
  • Memastikan penggunaan bunga yang diperlukan mencukupi terutama bunga annual bagi program-program sewaan. 
     
  • Menyediakan inventori bunga yang ditanam dan digunakan.
     
  • Memastikan bunga-bunga yang dikeluarkan subur dan berbunga. 
     
  • Mengenalpasti bunga-bunga yang tahan lasak untuk kegunaan hiasan. 
     
  • Menyelia operasi kerja-kerja hiasan taman, bangunan dan pentas untuk jabatan. 
     
  • Menyelia aktiviti lawatan dan keraian dari institusi luar berkaitan hotrikultur dan botani. 

 

Unit Taman-Taman Awam

  • Membuat perancangan kerja tahunan dan bulanan projek-projek landskap dalam penambahbaikan taman-taman awam bagi peruntukan Majlis dan Persekutuan. 
     
  • Menyelia kerja-kerja pembangunan taman-taman awam. 
     
  • Menyelaras rekod pengurusan dan projek landskap untuk maklumat Jabatan Landskap Negara. 
     
  • Menyediakan dokumen peruntukkan kewangan bahagian projek.
     
  • Menyediakan perancangan, dokumen tender dan sebutharga bagi kerja-kerja kontrak penyelenggaraan taman. 
     
  • Membantu membersihkan kawasan taman-taman awam.
     
  • Menyelesaikan aduan-aduan awam di Taman Awam termasuk pokok-pokok teduhan. 

 

Unit Renjer & Task Force

  • Rondaan di seluruh taman permainan di kawasan MBS. 
     
  • Membuka alatan mainan / perabut taman yang rosak.
     
  • Menyelenggara dan mengganti alatan permainan. 
     
  • Kerja-kerja cantasan pokok di sekitar kawasan riadah sekitar Bandar Seremban. 
     
  • Kerja-kerja kecemasan pokok tumbang di seluruh kawasan MBS. 
     
  • Bantuan kerja-kerja khas di setiap unit yang memerlukan.
     
  • Kerja-kerja penyelenggaraan landskap di sekitar kawasan taman-taman awam yang utama di sekitar Bandar Seremban. 

 

Unit Penyelenggaraan / Unit Taman Permainan dan Perabot Taman

  • Membuat perancangan kerja tahunan dan bulanan projek-projek landskap dalam penambahbaikan taman-taman permainan dan perabot taman bagi peruntukan Majlis dan Persekutuan. 
     
  • Menyelia kerja-kerja pembangunan taman permainan kanak-kanak. 
     
  • Menyediakan dokumen peruntukkan kewangan bahagian projek. 
     
  • Menyediakan perancangan, dokumen tender dan sebutharga bagi kerja-kerja kontrak penyelenggaraan taman permainan dan perabut taman. 
     
  • Menyelaras rekod inventori perabut di taman-taman permainan. 
     
  • Membantu menyelesaikan aduan-aduan awam berkenaan taman permainan kanak-kanak termasuk pokok-pokok teduhan. 

 

Unit Penyelenggaraan

  • Menyelaras dan mengawal perancangan penyelenggaraan landskap jabatan. 
     
  • Menyediakan perancangan, dokumen tender dan sebutharga bagi kerja-kerja kontrak penyelenggaraan landskap jalan.
     
  • Melaksanakan kerja-kerja menyelenggara mengikut jadual kerja. 
     
  • Menilai keperluan tenaga kerja, peruntukan peralatan, mesin jentera dan lain-lain.
     
  • Membantu menyelesaikan aduan-aduan awam berkenaan pokok yang diterima daripada pelbagai saluran seperti sistem sispa, surat dan telefon.
     
  • Menyediakan laporan dan bajet tahunan bagi projek yang akan dirancang. 
     
  • Menyelesaikan aduan-aduan awam di Taman Awam termasuk pokok-pokok teduhan. 

Objektif

  1. Meningkatkan pembangunan komuniti dan pengurusan acara yang menjuruskan kepada penglibatan komuniti secara menyeluruh.
  2. Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat.
  3. Meningkatkan kerjasama serta kolaborasi bersama pelbagai Agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan-Badan Profesional.
  4. Meningkatkan aspek infrastruktur dan prasarana kemudahan sukan dan rekreasi di Daerah Seremban.
  5. Menjadikan Daerah Seremban sebagai destinasi pelancongan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Fungsi

Bahagian Pentadbiran Am, Penyelenggaraan & Sukan

  1. Menjaga Dan Meyelenggara Kemudahan-Kemudahan Sukan Yang Sedia Ada.
  2. Mendapatkan Hasil Daripada Kegunaan Kemudahan Sukan Dan Stadium Melalui Sewaan Padang Dan Tiket Kolam Renang.
  3. Mengawal Kegunaan Kemudahan Kompleks Dengan Menyediakan Standard Of Procedure (SOP).
  4. Memastikan Kemudahan Sukan Berada Di Dalam Keadaan Yang Baik.
  5. Bekerjasama Dalam Mengelola Dan Mengendalikan Pertandingan Sukan Dan Acara-Acara Agensi Kerajaan Dan Swasta.
  6. Menjaga Tadbir Urus Jabatan Dari Segi Pentadbiran Dan Kewangan.

Bahagian Komuniti @ Local Agenda 21 (LA21)

Menyelaraskan Aktiviti Atau Program Kemasyarakatan Yang Menjuruskan Kepada Penglibatan Komuniti (Community Engagement).

Bahagian Pelancongan & Promosi

  1. Melaksanakan, Menyelaras Dan Memantau Pelan Pembangunan Dan Strategik Majlis Bandaraya Seremban.
  2. Menjalankan Kempen Pelancongan Ke Arah Mempromosikan Daerah Seremban.
  3. Memantau Kualiti Produk Pelancongan Di Daerah Seremban.
  4. Menyelaraskan Mesyuarat Pelancongan MBS.
  5. Menjadikan Daerah Seremban Sebagai Destinasi Pelancongan Terkemuka Di Malaysia.

Jabatan Kesihatan Persekitaran (JK), Majlis Bandaraya Seremban memainkan peranan penting dalam memastikan tahap kebersihan, kesihatan awam, dan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara dalam kawasan pentadbiran MBS. Seiring dengan perkembangan pesat bandar, jabatan ini terus komited untuk melaksanakan tugas  dengan efisien dan berintegriti demi kesejahteraan penduduk.

Selaras dengan itu, jabatan ini telah dibahagikan kepada lima unit utama seperti berikut:

 

UNIT VEKTOR

  1. Menyelaras dalam kerja-kerja kawalan Vektor dan penyakit berjangkit dalam kawasan pentadbiran majlis.
  2. Menjalankan operasi tangkapan dan kawalan anjing terbiar/liar bersama kontraktor lantikan. 
  3. Menyelaraskan aduan dan penguatkuasaan berkaitan pemilikan haiwan. 
  4. Mengawal selia pengawas, pembantu kesihatan awam, mandor dan pembantu rendah awam.
  5. Mengatur dan memberi bantuan gotong-royong (MPKK / taman-taman perumahan / COMBI).
  6. Menyediakan dan menghantar laporan renjer bandar / denggi kepada Datuk Bandar.
  7. Mengumpulkan segala maklumat berkaitan denggi untuk mesyuarat di peringkat jabatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban / Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. 
  8. Menyediakan reten bulanan kepada SUK dan KPKT.
  9. Mengawal selia pengurusan stor dan aset. 
  10. Menyelaras tuntutan kerja lebih masa / perbelanjaan / penggunaan racun / bahan kimia / aset alih sesuai di jabatan. 
  11. Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua aduan berkaitan unit.
  12. Mengambil tindakan penguatkuasaan bersama-sama Bahagian Aduan & Penguatkuasaan untuk dibentangkan di dalam mesyuarat Wabak Daerah Seremban. 

 

UNIT KAWAL SELIA

  1. Menyelaras aktiviti pemantauan bagi kerja-kerja pembersihan oleh SWCorp dalam aspek perkhidmatan pembersihan merangkumi kutipan sampah / pemotongan rumput / pembersihan longkang dan sapuan jalan selaras dengan penyerahan kawasan yang telah dibuat bagi kawasan pentadbiran MBS. 
     
  2. Membuat semakan penyerahan kawasan baru sebelum pembayaran dibuat dan penyediaan kertas kerja bayaran kawasan tambahan baru. 
     
  3. Menyelaras bantuan bencana seperti kebakaran, banjir, pokok tumbang, ribut dan lain-lain. 
     
  4. Menyelaras kerja-kerja penurunan kain rentang / bunting / poster haram atau usang ahlong / papan tanda.
     
  5. Memproses pembayaran sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (KWPSPPA) dan tipping fee
     
  6. Memproses pembayaran bagi permohonan bantuan sumbangan program gotong-royong yang dihantar ke jabatan. 

 

UNIT KEMPEN & PROMOSI

  1. Menyelaras semua program promosi dan kempen Jabatan Kesihatan Persekitaran termasuk aktiviti pameran, hebahan dan operasi di peringkat majlis dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan. 
     
  2. Menyelaras bantuan bagi tindakan bersama penguatkuasaan (kompaun / source reduction / merokok) bersama Bahagian Aduan & Penguatkuasaan, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan. 

 

UNIT MAKANAN DAN TANDAS

  1. Menjalankan aktiviti penggredan premis makanan di premis makanan milik majlis dan swasta. 
  2. Menjalankan aktiviti pengauditan dan penarafan bintang tandas awam di tandas awam milik majlis dan swasta. 
  3. Menyediakan dan menyimpan semua rekod penggredan dan pengauditan premis makanan dan tandas awam. 
  4. Menyediakan serta menghantar rekod / laporan premis makanan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban untuk tindakan susulan. 
  5. Menyelaras aktiviti penggredan serta pengauditan bagi sebarang pertandingan anjuran KPKT, KKM atau di peringkat majlis seperti pertandingan tandas awam bersih, menawan dan wangi (BMW) serta premis makanan terbersih. 
  6. Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua aduan berkaitan unit. 
  7. Menyediakan laporan ulasan bagi permohonan lesen premis makanan, bukan premis makanan dan lain-lain kategori. 

 

UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengurus dan menjadi urusetia mesyuarat jabatan. 
  2. Mengendalikan semua urusan surat-menyurat rasmi jabatan. 
  3. Menyelenggara dan mengemaskini rekod serta pendaftaran fail jabatan. 
  4. Mengurus cuti, perkhidmatan dan kebajikan kakitangan jabatan. 
  5. Menyediakan belanjawan dan perbelanjaan jabatan. 
  6. Memproses tuntutan elaun lebih masa dan perjalanan kakitangan. 
  7. Mengawal selia MyPortfolio kakitangan. 
  8. Menguruskan pembayaran kumpulan wang SWCorp / SWME setiap bulan dan kontraktor yang dilantik oleh majlis. 
  9. Penyediaan sebutharga kerja-kerja perkhidmatan dan bekalan. 
  10. Mengurus program seperti EKSA, Piagam Pelanggan, Audit Pengurusan Kewangan dan MS ISO. 
  11. Menjadi urusetia program Local Agenda 21.
  12. Menyediakan laporan tahunan jabatan. 
  13. Menguruskan dan memantau aset tetap dan aset alih serta stok alat tulis jabatan.
  14. Mengurus kaunter perkhidmatan untuk pertanyaan awam.
  15. Menerima dan menyalurkan aduan melalui SISPAA, panggilan telefon, WhatsApp dan saluran lain. 
  16. Memproses permohonan permit pengebumian. 

 

Fungsi

 

  1. Memantau dan menyelenggara kerosakan jalan, longkang dan lampu jalan Majlis.
  2. Memantau dan menyelenggara kerosakan bangunan, elektrikal dan mekanikal di Perumahan Rakyat (PPR) Lobak, Paroi , gerai/kiosk , pasar , tandas awam, Kompleks Sukan, Pusat akuatik, kolam renang, stadium, Dewan dan semua bangunan milik Majlis.
  3. Pemantauan dan Pembersihan Perumahan Rakyat (PPR) Lobak, Paroi, gerai/kiosk, pasar, tandas awam, Kompleks sukan, Pusat akuatik, kolam renang, stadium, Dewan, stor, padang awam, tanah perkuburan dan semua bangunan milik Majlis kecuali Wisma MBS dan Pejabat Cawangan Nilai.
  4. Mengambil tindakan ke atas aduan awam berkaitan skop kerja Jabatan Penyelenggaraan, rumah terbiar, Semak samun dan tanah terbiar.
  5. Menyelenggara landskap dan pokok di jalan-jalan utama.
  6. Mengurus dan menyelenggara kenderaan milik Majlis.
  7. Menyedia dan menghantar peralatan untuk majlis keraian.

 

Fungsi

Unit Komunikasi Korporat

Unit Komunikasi Korporat berperanan sebagai penyelaras utama dalam memperkukuhkan jenama reputasi serta hubungan strategik Majlis dengan masyarakat dan pihak berkepentingan. Fungsi utama unit ini merangkumi :

 

Seksyen Korporat

  1. Merancang dan mentadbir pengurusan korporat imej Majlis
  2. Merancang dan menyelaras pengurusan kualiti MBS: 

       i. ISO 9001:2015

      ii. Sistem Penarafan Bintang - Pihak Berkuasa Tempatan

     iii. Piagam Pelanggan

     iv. 
    Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

      v. 
     Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

     vI. Business Process Reengineering
     
  3. Merangka dan menerbitkan penghasilan bahan terbitan MBS.
  4. Menguruskan lawatan delegasi dari dalam & luar negara.
  5. Menguruskan Jamuan Hari Raya MBS.
  6. Menguruskan kumpulan koir & kumpulan nasyid MBS.
  7. Menguruskan dan menyediakan cenderamata MBS.
  8. Mengendalikan urusan sumber manusia, kewangan, perolehan dan pentadbiran am bagi memastikan pengurusan kompetensi yang berkesan.
  9. Bertindak sebagai penyelaras dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan khidmat pelanggan.  

 

Seksyen Perhubungan Awam

  1. Mengurus dan menyelaraskan aduan awam di bawah pentadbiran MBS.
  2. Menguruskan Pelan Komunikasi Krisis.
  3. Mengendalikan dan memantau sosial media MBS.
  4. Menguruskan Hari Bertemu Pelanggan.
  5. Mengurus dan menyediakan kenyataan media.
  6. Menyediakan pengacara majlis & teks ucapan untuk majlis rasmi.
  7. Memantau pelaporan akhbar dan media elektronik.
  8. Mengurus perhubungan bersama pihak media.
  9. Mengaturkan lawatan turun padang Datuk Bandar.
  10. Mengadakan sesi libat urus bersama stakeholder & penduduk. 

 

 

    Objektif

    1. Untuk menyelaraskan semua urusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

     

    Fungsi

    1. Tadbir Urus
    2. Pengukuhan Integriti
    3. Pematuhan Integriti
    4. Pengurusan Aduan
    5. Pengesanan dan Pengesahan
    6. Tatatertib

    Objektif

    1. Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan.
    2. Memendekkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan perakuan permohonan pembangunan tanah dan pelan-pelan lain yang berkaitan.
    3. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) serta  Akta Parit, Jalan dan Bangunan  (Akta 133).

     

    Fungsi

    1. Menerima, menyemak, menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan yang diterima oleh OSC.
    2. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa OSC sekiranya 2 kali sebulan.
    3. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon.
    4. Menyediakan pelaporan OSC melalui Portal OSC online sebelum 5hb setiap bulan.
    5. Menguruskan permohonan pelan pembangunan yang diterima melalui OSC 3.0 plus online.

     

    Objektif

    Memastikan pengurusan bangunan berstrata dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk berstrata.

     

    Fungsi

    1. Mewujudkan dan mengemaskini inventori semua kawasan pemajuan berstrata (Pangkalan Data).
    2. Memproses pemfailan jadual petak oleh Pemaju.
    3. Menguruskan pemfailan unit syer bagi pemajuan yang belum ditetapkan unit syer.
    4. Memproses permohonan sijil Badan Pengurusan Bersama (JMB).
    5. Memantau dan menguruskan deposit membaiki kecacatan untuk kegunaan Pesuruhjaya Bangunan bagi skim pemajuan berstrata yang memohon pemilikan kosong.
    6. Memantau penubuhan JMB/MC di semua kawasan pemajuan berstrata.
    7. Memberi khidmat nasihat kepada Pemaju/ JMB/ MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
    8. Mengawalselia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama.
    9. Memastikan mesyuarat AGM dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan.
    10. Menyelaras, mengendali & mengambil tindakan penyelesaian pertikaian di antara pengadu dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk menjadi mediator.
    11. Memantau akaun pengurusan bangunan berstrata.
    12. Mengambil tindakan penguatkuasaan, menjalankan penyiasatan dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 757.
    13. Membuat pelantikan & mengawal selia ejen pengurusan yang dilantik oleh COB.

    Objektif

    1. Memastikan sistem pengurusan dan kewangan jabatan diuruskan dengan teratur selaras dengan dasar, undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
    2. Menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi dari segi tahap kesempurnaan , kecekapan dan ekonomi.
    3. Mengenalpasti kelemahan dan ketidakpatuhan pihak terbabit serta mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaikinya dalam keadaan dimana tindakan pembetulan adalah diperlukan.

     

    Fungsi

    1. Menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan, Pengauditan Prestasi dan Pengauditan Lain Yang di arahkan oleh pihak pengurusan.
    2. Menjalankan Pengauditan MS ISO 9001:2015.
    3. Menjalankan Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
    4. Menjalankan Pemeriksaan Mengejut.
    5. Menjalankan Pengauditan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB - PBT).
    6. Membuat analisis ke atas Laporan Ketua Audit negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama kepada hasil daripada Laporan Audit.

     

    Objektif

    1. Menguruskan Hal Ehwal Ahli Majlis, Menguruskan Mesyuarat Majlis Penuh, Mesyuarat JKMA dan Maklum Balas Mesyuarat daripada Agensi Luar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) dan Hal Ehwal Pentadbiran Unit Urusetia Mesyuarat, Letak Kereta dan Perolehan.
    2. Menguruskan Pengoperasian, Pengurusan Petak Letak Kereta di Bandar Seremban dan Nilai.
    3. Menguruskan Perolehan Am MBS seperti Pakaian Seragam, Perabot, Besi, Peralatan Elektrik, Kayu, Alat Tulis Pejabat, Pengiklanan dan Percetakan.
    4. Menguruskan Penerimaan Barang, Permohonan daripada Jabatan untuk Pengeluaran Stok dan Pengurusan Stor Jabatan.

     

    Fungsi

    Unit Urusetia Mesyuarat

    1. Menyelaras Hal Ehwal Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban

    • Menyelaras lantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban
    • Menguruskan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis
    • Menguruskan pembayaran elaun Ahli Majlis
    • Menguruskan Zoning Ahli Majlis
    • Menguruskan Kursus/ Seminar/ Bengkel Ahli Majlis
    • Menguruskan Surat Pengesahan Diri dan Pengesahan Pegawai (GL) untuk Ahli Majlis
    • Menguruskan Hal Ehwal Ahli Majlis
    • Menguruskan pembayaran pembelian alat kelengkapan elektronik Ahli Majlis

       

    2. Urusetia Mesyuarat

    • Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Maksud-Maksud Am Majlis Bandaraya Seremban
    • Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Bandaraya Seremban
    • Mesyuarat Khas Majlis Penuh, Majlis Bandaraya Seremban
    • Penyediaan Laporan bulanan Unit Urusetia
    • Menyelaras urusan pentadbiran, surat menyurat dan kertas kerja Unit Urusetia Mesyuarat, Letak Kereta dan Perolehan
    • Lain-lain mesyuarat yang diarahkan oleh Datuk Bandar / Setiausaha

     

    3.  Menyediakan dan Mengumpulkan Maklumbalas Mesyuarat

    • Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua-Ketua Jabatan seperti YAB, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB SUK, YB Exco dan lain-lain ketua Jabatan yang memerlukan maklumbalas daripada pentadbiran Majlis
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Maksud-Maksud Am (JKMA), Majlis Bandaraya Seremban
    • Mesyuarat Majlis Penuh, Majlis Bandaraya Seremban
    • Mesyuarat Khas Majlis Penuh, Majlis Bandaraya Seremban

    Fungsi

    Bahagian Ukur Bahan

    1. Tender / Sebutharga

    •  Membantu penyediaan anggaran kos awal dan Preliminary Detailed Abstract (PDA) (untuk tujuan permohonan peruntukan). 
       
    • Membuat pengukuran kuantiti (Taking Off) bangunan dan infrastruktur. 
       
    • Menyediakan senarai kuantiti (Bill Of Quantities).
       
    • Menyediakan dokumen dan dokumen meja. 
       
    • Menyediakan anggaran jabatan.
       
    • Ahli jawatankuasa penilaian Kerja untuk menyediakan laporan penilaian. 
       
    • Menyediakan dokumen kontrak dan membuat edaran dokumen kontrak kepada pihak berkaitan. 
       
    • Urusetia mesyuarat sebutharga - Menyelaras mesyuarat sebutharga / menyusun atur semua kertas kerje perolehan sebutharga untuk semua jabatan. 
       
    • Membantu menyediakan / menyemak borang / surat perlantikan kontraktor bagi item wang peruntukkan sementara / wang kos prima.
       
    • Menghadiri mesyuarat tapak / teknikal / koordinasi. 
       
    • Membuat penilaian kemajuan kerja semasa dan perakuan bayaran interim (pengukuran semula). 
       
    • Menilai dan menyediakan kelulusan Kuantiti Sementara (KKS), Kelulusan Perubahan Kerja (KPK), Arahan Perubahan Kerja (APK) dan Pelarasan Harga Kontrak (PHK). 
       
    • Menyediakan As Tendered Detailed Abstract (ATDA).
       
    • Menyediakan penyata perakuan muktamad (SOFA) dan bayaran akhir. 
       
    • Membantu penyediaan As Completed Detail Abstract (ACDA).
       
    • Penyediaan laporan tuntutan kontraktor. 
       
    • Memastikan semua kewangan projek dipantau dan dikawal dan maklumat sentiasa dikemaskini. 

     

    2. Perolehan Secara Rundingan Terus

    • Membantu penyediaan anggaran kos awal dan Preliminary Detailed Abstract (PDA) ( untuk tujuan permohonan peruntukkan).
       
    • Menyediakan jadual perbandingan harga anggaran jabatan dengan kontraktor. 
       
    • Memberi nasihat kepada jawatankuasa berkenaan kadar harga semasa mesyuarat rundingan harga untuk kontrak kerja. 
       
    • Menyediakan minit mesyuarat rundingan harga dan selaraskan senarai kuantiti mengikut harga yang dipersetujui / laporan untuk dihantar ke Pegawai Kewangan Negeri untuk dimuktamadkan. 
       
    • Menyediakan surat setujuterima. 

     

    3. Khidmat Nasihat Teknikal dan Lain-Lain

    • Menyemak sijil-sijil dan dokumen-dokumen seperti dokumen tender, dokumen kontrak, perakuan kelambatan dan lanjutan masa (EOT), perakuan kerja tidak siap (CNC), arahan perubahan kerja (APK), As Tendered Detail Abstract (ATDA), syarat-syarat kontrak, perakuan akaun dan bayaran muktamad, perakuan siap kerja (CPC), perakuan siap membaiki kecacatan (CMGD) dan As Completed Detail Abstract (ACDA).
       
    • Meneliti pekeliling perbendaharaan Malaysia terkini dan menyimpan surat pekeliling KPKR dan lain-lain surat pekeliling yang berkaitan. 
       
    • Membantu memberi khidmat keurusetiaan bagi mesyuarat sebutharga, arahan perubahan kerja dan lanjutan masa. 

     

    4. Kerja Lantikan Terus

    • Menyediakan pengukuran kuantiti berdasarkan jadual kadar harga kerja kejuruteraan awam bagi kerja lantikan terus. 
       
    • Menyemak anggaran kos bagi kerja lantikan terus yang dibuat oleh pihak kontraktor. 
       
    • Merekod senarai kontraktor yang dipilih untuk kerja lantikan terus agar tidak bertindih. 

     

    Unit Perolehan   

    1. Sebutharga / Tender (Pendaftaran, Penjualan dan Pembukaan Dokumen Sebutharga / Tender)

    • Menyemak permohonan pelawaan sebutharga/tender dari jabatan-jabatan.
    • Menyemak dan menguruskan notis sebutharga serta pengeluaran notis sebutharga / tender. 
    • Menyelaras kerja-kerja jualan dokumen sebutharga / tender. 
    • Menyelaras kerja-kerja penyediaan dokumen sebutharga / tender dengan jabatan yang berkaitan. 
    • Menyelaras kerja-kerja pendaftaran pembekal / kontraktor dan penyediaan sijil pendaftaran pembekal / kontraktor.  
    • Menyelaras bilik sebutharga, menampal notis tawaran di peti sebutharga dan menyediakan jadual pembukaan sebutharga kepada pembuka peti sebutharga. 
    • Menyediakan anggaran jabatan bagi perolehan berkaitan Unit Perolehan di bawah peruntukkan vot Pejabat Datuk Bandar. 

     

    2. Stor 

    • Merancang dan menguruskan bekalan stok untuk keperluan jabatan / unit.
    • Menyediakan dan mengemaskini kod barang serta memproses penerimaan dan pengeluaran stok. 
    • Menyemak dan menyediakan laporan kedudukan stok setiap suku tahun. 

                 

    3. Perolehan

    • Menyedia dan menguruskan bajet Unit Perolehan dan gunasama jabatan.
    • Merancang dan mengurus perolehan bekalan & perkhidmatan Unit Perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan tender. 
    • Menyedia dan menyelaras prosedur serta dokumen berkaitan MS ISO 9001:2015.
    • Menyemak dan menyediakan tuntutan panjar wang runcit mengikut vot di bawah peruntukkan Datuk Bandar. 
    • Menyemak dan mengesahkan baucer bayaran berdasarkan vot yang diperuntukkan dalam bajet tahunan.

     

     

    Fungsi

    • Memantau, menganalisa dan menyedia laporan pelan strategik Majlis Bandaraya Seremban;
       
    • Memantau pelaksanaan dan keberhasilan pelan-pelan yang dibangunkan di Majlis Bandaraya Seremban;
       
    • Memikirkan usaha-usaha untuk mendapatkan semula hasil-hasil Majlis yang sukar diperolehi dan pelan-pelan baru untuk meningkatkan hasil Majlis; dan
       
    • Mewujudkan dan mengurusetiakan mesyuarat / bengkel / sesi brainstorming kumpulan pemikir Majlis Bandaraya Seremban.