Definisi - Melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan dan binaan landskap dengan memastikan landskap lembut iaitu pokok-pokok dan tanaman yang ditanam berada dalam keadaan subur, selamat dan sihat serta bebas penyakit dan serangga perosak. Manakala bagi landskap kejur pula, memastikan binaan struktur dalam keadaan stabil, boleh digunakan, tidak berlaku kerosakan yang boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan pengguna taman.

Bagi sesetengah kawasan samada di Seremban atau di Nilai, kerja-kerja penyelenggaraan landskap dilaksanakan secara dalaman oleh kakitangan Jabatan Taman & Landskap. Kawasan-kawasan tersebut seperti di Rasah, Bukit Chedang, Lingkaran Tengah (Jalan Labu) dan sempadan-sempadan kawasan Majlis.

Bagi penyelenggaraan landskap yang dilaksanakan secara kontrak pula, antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Utama Sg Ujong, Pusat Bandar, Taman Tasik Seremban, Bandar Baru Nilai, Rasah Kemayan dan Dataran Nilai (kerja yang dilaksanakan akan disertakan gambar).