KERAWANG
Melambang MBS sebuah organisasi yang mengetengahkan dan mempromosikan tradisi dan budaya Negeri Sembilan supaya dikenali umum.
PERISAI
Melambang MBS sebuah organisasi yang berdaya saing demi mempertahankan agama, bangsa & negara demi memacu negeri kearah yang lebih maju dan membangun.
WARNA MERAH/ KUNING/ HITAM
Warna rasmi lambang Negeri Sembilan dibawah naungan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
DUA BILAH KERIS
Melambangkan kekuatan dan keutuhan Majlis sebagai satu organisasi pengurusan yang teguh dan komited dengan misi dan visinya.
BENDERA BERJALUR HALUS
Melambangkan MBS sebuah organisasi yang berdaya maju dan terus membangun dengan pelbagai kejayaan