Proses Pengebumian Orang Islam Di Tanah Perkuburan Islam Senawang Dan Tanah Perkuburan Islam Ainsdale

Pembayaran pengebumian boleh dibuat di kaunter Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban pada waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan boleh juga dibayar di tempat pengebumian iaitu di Perkuburan Senawang secara dalam talian ke dalam akaun Majlis Bandaraya Seremban (555014217763 MAYBANK ISLAMIC BERHAD). Majlis hanya menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja. Bayaran tapak kubur di Tanah Perkuburan Islam Senawang dan Tanah Perkuburan Islam Ainsdale ialah RM80.00 bagi warganegara dan RM500.00 bagi bukan warganegara. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :-

NAMA PENYELIA NAMA PETUGAS LOKASI

En. Muhammad Syafiq Bin Rosni

011 2194 4521

  • En. Mohd Fauzi Bin Ibrahim

011 2819 1087

  • En. Khairul Rizam Bin Khairi

013  203 4824

Tanah Perkuburan Islam Senawang

NAMA PENYELIA NAMA PETUGAS LOKASI

En. Muhammad Syafiq Bin Rosni

011 2194 4521

  • En. Hasnan Bin Abu Asan

012 612 4476

  • En. Mohd Faizol Bin Abdullah

012 920 5597

Tanah Perkuburan Islam Ainsdale

Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini,  sila laporkan segera di talian 06 - 765 4333  beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan. MBS tidak menyediakan perkhidmatan papan lahad dan pembinaan pusara hendaklah disediakan sendiri oleh waris.

PERHATIAN :-

  • Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said telah ditutup pada 06/08/2020.
     
  • Pembinaan pusara kekal di atas lot kubur tidak lagi dibenarkan (Keputusan Mesyuarat Pengurusan MBS Bil 2/2021 bertarikh 29/03/2021).

 

Proses Pengebumian di Tanah Perkuburan Kristian Sikamat & Tanah Perkuburan Sendayan

Pembayaran pengebumian boleh dibuat di kaunter Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban pada waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan boleh juga dibayar  secara dalam talian ke dalam akaun Majlis Bandaraya Seremban (555014217763 MAYBANK ISLAMIC BERHAD). Majlis hanya menyediakan kakitangan bagi menggali dan menyediakan khemah teduhan sahaja. Bayaran tapak kubur di Tanah Perkuburan Kristian Sendayan adalah RM300.00 bagi warganegara dan RM500.00 bagi bukan warganegara. Manakala Tapak Perkuburan Kristian Sikamat telah ditutup pada 06/07/2020 dan hanya dibuka kepada tempahan terdahulu sahaja yang mempunyai resit asal. Sila hubungi kakitangan MBS seperti berikut :-

NAMA PENYELIA NAMA PETUGAS LOKASI

En. Rajaratnam a/l Veeriah

012 368 1834

En. Vicknesvaran a/l Jayabalan

010 222 5606

Tanah Perkuburan

Kristian Sikamat

En. Rajaratnam a/l Veeriah

012 368 1834

En. Jagen a/l Paramasevam

014 645 4722

Tanah Perkuburan

Kristian Sendayan

Jika terdapat sebarang salah laku berhubung pekerja MBS di tanah-tanah perkuburan ini. Sila laporkan segera di talian 06 - 7654333 beserta bukti (video / gambar) atau lain-lain dokumen berkaitan. MBS tidak menyediakan perkhidmatan pembinaan pusara dan hendaklah disediakan sendiri oleh waris.