OBJEKTIF
Untuk mengenakan cukai taksiran ke atas semua pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis serta menguruskan harta-harta Majlis dan rekod-rekod penilaian dengan cekap dan sempurna.
FUNGSI
UNIT NILAIAN DAN KADARAN
- Membuat lawat periksa, menilai dan menyenarai tanah dan bangunan untuk kutipan cukai taksiran.
- Mengeluarkan notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian (KPSN) bagi setiap penggal.
- Menyediakan segala dokumen dan persiapan bagi pengendalian urusan mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
- Mengendalikan mesyuarat mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
- Menguruskan dan mengemaskini akaun-akaun harta yang dinilai.
- Menyediakan laporan dan nilaian ke atas bangunan yang terlibat dengan pembinaan tanpa kelulusan Majlis yang hendak dibawa ke mahkamah.
- Mengenal pasti harta-harta yang belum dikenakan cukai taksiran untuk dinilai dan disenaraikan bagi kutipan cukai taksiran.
- Merekod penerimaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang diterima dari Jabatan Kawalan Bangunan.
- Menyelia pelan-pelan piawai, pelan akui dan pelan digital dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta pengurusan fail-fail kawalan.
- Membangun, menyelenggara dan mengawal serta mempertingkatkan penambahbaikan sistem penilaian dan penggunaan aplikasi berkomputer.
- Menguruskan carian rasmi butiran hakmilik tanah di Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Tanah & Daerah Seremban.
- Menguruskan segala aduan awam dan membekalkan maklumat serta surat-menyurat berkaitan kadaran.
- Menyediakan laporan dan nilaian ke atas setiap harta milik Majlis.
- Merancang dan memantau segala persiapan dan pelaksanaan kerja-kerja Penilaian Semula.
UNIT SMK DAN REMISI
- Mengenal pasti dan menjalankan kerja-kerja lawat periksa harta jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang terlibat serta harta-harta Angkatan Tentera Malaysia untuk tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).
- Menyediakan Senarai Nilaian untuk disahkan oleh JPPH.
- Mengemukakan tuntutan bayaran kepada Kementerian Perumahan dan Unit Kerajaan Tempatan.
- Mengemaskini maklumat senarai harta yang terlibat dengan SMK pada setiap tahun.
- Membangunkan aplikasi berkomputer bagi kerja-kerja nilaian harta yang terlibat dengan SMK.
- Membuat kajian pembangunan kompleks agensi kerajaan dalam kawasan tadbiran Majlis
- Memastikan aras nilai yang digunapakai dalam menilai harta-harta kerajaan diseragamkan.
- Membuat semakan bayaran yang diterima daripada pihak jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia.
- Menyemak, mendaftar dan merekod surat permohonan tuntutan pulangan balik cukai taksiran (remisi).
- Menjalankan kerja-kerja lawat periksa bagi harta yang terlibat dengan remisi.
- Menghantar surat dan Borang Permohonan Remisi kepada pemilik harta yang terlibat.
- Mengemaskini tarikh kekosongan dan membuat pengiraan ke dalam sistem berdasarkan borang yang dikembalikan oleh pemohon.
- Mencetak Senarai Edit Remisi, Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini untuk disemak dan disahkan.
- Mengemukakan Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini kepada Pengarah Kewangan untuk dikemaskini.
- Menghantar Surat Pemberitahuan Jumlah kepada pemilik harta yang layak mendapat remisi.
- Mengemaskini fail-fail yang terlibat dengan permohonan remisi.
- Menguruskan surat-surat awam yang berkaitan dengan permohonan remisi.
- Menyenggara dan mempertingkatkan aplikasi berkomputer remisi.
UNIT PENGURUSAN HARTA
- Mengemaskini butiran maklumat harta yang terlibat dengan pindahmilik dan tukar alamat.
- Mengurus dan membuat nilaian ke atas harta Majlis.
- Merangka dan merancang strategi bagi melaksanakan langkah-langkah mempertingkatkan hasil Majlis.
- Membuat kajian dan memberi khidmat nasihat terhadap projek penswastaan/usahasama dan pelaburan hartanah yang diceburi oleh pihak Majlis.
- Mengumpul dan membuat analisa terhadap maklumat pasaran, sewaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan hartanah dalam kawasan pentadbiran Majlis.
- Menyedia dan membekalkan maklumat harta dan pemilik kepada jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.
- Membuat semakan ke atas tunggakan cukai taksiran bagi kelulusan permohonan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
- Membantu pentadbiran Majlis dalam urusan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran ke atas harta-harta yang ada tunggakan melalui penyemakan kelulusan kebenaran merancang dan juga lelongan awam.
- Menyediakan kertas kerja berkaitan hal-hal kadaran dan atas keperluan pihak Majlis.
- Membuat pemeriksaan bagi tujuan pelupusan harta alih Majlis.
- Membuat nilaian ke atas barangan yang disita akibat kegagalan menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
- Membuat nilaian ke atas barangan yang dirampas oleh Unit Penguatkuasa kerana tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis untuk dilelong.
UNIT PENGURUSAN TERMINAL 1
- Menguruskan kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan Terminal 1 Seremban.
- Menyediakan dan memproses permohonan pelekat kenderaan laluan bas di Terminal 1 Seremban.
- Menguruskan hal-hal berkaitan surat menyurat awam.
- Memproses permohonan kedai/kiosk/outlet/ kaunter tiket dan papan iklan.
- Memproses penyediaan sebutharga/tender bagi kerja-kerja di Terminal 1 Seremban.
- Memastikan pengurusan tempat letak kereta, motosikal dan bas dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.
- Pemantauan ke atas kerja-kerja oleh kontraktor kawalan keselamatan di Terminal 1 Seremban.
- Membuat pemeriksaan tahap kebersihan di Terminal 1 yang dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.
- Menyediakan laporan aliran tunai (hasil kutipan dan perbelanjaan) Terminal 1 Seremban bagi Mesyuarat Majlis Penuh MPS.
- Melaksanakan kerja-kerja pengeluaran notis penamatan sewaan serta penarikan dan pengosongan premis di Terminal 1 Seremban.
- Menyediakan dokumen perjanjian penyewaan dan proses memperbaharui perjanjian bagi penyewa-penyewa di Terminal 1 Seremban.
- Membuat pemeriksaan dan pemantauan di Terminal 1 Seremban bagi mengenal pasti masalah yang ada.
- Menerima dan menyelesaikan aduan dari orang awam, penyewa dan lain-lain.
- Mengeluarkan notis untuk membayar tunggakan sewaan dan utiliti bagi premis-premis sewaan di Terminal 1 Seremban.
- Menyemak dan merekod bacaan meter bagi penggunaan utiliti (bekalan elektrik dan air) untuk dikemukakan kepada Jabatan Kewangan.
- Membuat kerja-kerja pemotongan utiliti terhadap premis-premis sewaan yang mempunyai tunggakan sewaan kepada pihak Majlis.
- Memastikan kontraktor yang dilantik supaya menguruskan tempat simpanan barang (luggage) dengan baik.
UNIT PENTADBIRAN
- Mengurus dan memastikan pentadbiran harian pejabat diuruskan secara efisyen dan sistematik mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
- Menguruskan rekod berkaitan dengan kawalan belanjawan Jabatan.
- Menguruskan rekod berkaitan dengan Pesanan Tempatan, tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.
- Menguruskan semua surat-menyurat awam Jabatan.
- Pengurusan perkhidmatan kaunter Jabatan.
- Menguruskan serahan tangan/pos surat dan dokumen.
- Menguruskan fail-fail berkaitan pentadbiran dan Senarai Nilaian.
- Menguruskan hal-ehwal berkaitan cuti kakitangan Jabatan.
- Menguruskan penilaian prestasi kakitangan Jabatan.
- Menguruskan rekod sistem kehadiran bagi semua kakitangan Jabatan.
- Menguruskan permohonan peperiksaan, seminar, kursus dan bengkel kakitangan.
- Menguruskan inventori dan harta modal Jabatan.
- Menguruskan stok barang-barang keperluan Jabatan.
- Menyelaras penyediaan myPortfolio bagi kakitangan Jabatan.
- Mengurus tempahan penggunaan bilik mesyuarat gunasama Jabatan.
- Mengawal secara keseluruhan keselamatan pejabat.