OBJEKTIF

Untuk mengenakan cukai taksiran ke atas semua pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis serta menguruskan harta-harta Majlis dan rekod-rekod penilaian dengan cekap dan sempurna.

FUNGSI

UNIT NILAIAN DAN KADARAN

  1. Membuat lawat periksa, menilai dan menyenarai tanah dan bangunan untuk kutipan cukai taksiran.
  2. Mengeluarkan notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian (KPSN) bagi setiap penggal.
  3. Menyediakan segala dokumen dan persiapan bagi pengendalian urusan mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
  4. Mengendalikan mesyuarat mendengar bantahan/rayuan cukai taksiran.
  5. Menguruskan dan mengemaskini akaun-akaun harta yang dinilai.
  6. Menyediakan laporan dan nilaian ke atas bangunan yang terlibat dengan pembinaan tanpa kelulusan Majlis yang hendak dibawa ke mahkamah.
  7. Mengenal pasti harta-harta yang belum dikenakan cukai taksiran untuk dinilai dan disenaraikan bagi kutipan cukai taksiran.
  8. Merekod penerimaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang diterima dari Jabatan Kawalan Bangunan.
  9. Menyelia pelan-pelan piawai, pelan akui dan pelan digital dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta pengurusan fail-fail kawalan.
  10. Membangun, menyelenggara dan mengawal serta mempertingkatkan penambahbaikan sistem penilaian dan penggunaan aplikasi berkomputer.
  11. Menguruskan carian rasmi butiran hakmilik tanah di Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Tanah & Daerah Seremban.
  12. Menguruskan segala aduan awam dan membekalkan maklumat serta surat-menyurat berkaitan kadaran.
  13. Menyediakan laporan dan nilaian ke atas setiap harta milik Majlis.
  14. Merancang dan memantau segala persiapan dan pelaksanaan kerja-kerja Penilaian Semula.

 

UNIT SMK DAN REMISI

  1. Mengenal pasti dan menjalankan kerja-kerja lawat periksa harta jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang terlibat serta harta-harta Angkatan Tentera Malaysia untuk tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).
  2. Menyediakan Senarai Nilaian untuk disahkan oleh JPPH.
  3. Mengemukakan tuntutan bayaran kepada Kementerian Perumahan dan Unit Kerajaan Tempatan.
  4. Mengemaskini maklumat senarai harta yang terlibat dengan SMK pada setiap tahun.
  5. Membangunkan aplikasi berkomputer bagi kerja-kerja nilaian harta yang terlibat dengan SMK.
  6. Membuat kajian pembangunan kompleks agensi kerajaan dalam kawasan tadbiran Majlis
  7. Memastikan aras nilai yang digunapakai dalam menilai harta-harta kerajaan diseragamkan.
  8. Membuat semakan bayaran yang diterima daripada pihak jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia.
  9. Menyemak, mendaftar dan merekod surat permohonan tuntutan pulangan balik cukai taksiran (remisi).
  10. Menjalankan kerja-kerja lawat periksa bagi harta yang terlibat dengan remisi.
  11. Menghantar surat dan Borang Permohonan Remisi kepada pemilik harta yang terlibat.
  12. Mengemaskini tarikh kekosongan dan membuat pengiraan ke dalam sistem berdasarkan borang yang dikembalikan oleh pemohon.
  13. Mencetak Senarai Edit Remisi, Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini untuk disemak dan disahkan.
  14. Mengemukakan Penyata Remisi dan Senarai Terperinci Kelompok Kredit Sebelum Dikemaskini kepada Pengarah Kewangan untuk dikemaskini.
  15. Menghantar Surat Pemberitahuan Jumlah kepada pemilik harta yang layak mendapat remisi.
  16. Mengemaskini fail-fail yang terlibat dengan permohonan remisi.
  17. Menguruskan surat-surat awam yang berkaitan dengan permohonan remisi.
  18. Menyenggara dan mempertingkatkan aplikasi berkomputer remisi.

 

UNIT PENGURUSAN HARTA

  1. Mengemaskini butiran maklumat harta yang terlibat dengan pindahmilik dan tukar alamat.
  2. Mengurus dan membuat nilaian ke atas harta Majlis.
  3. Merangka dan merancang strategi bagi melaksanakan langkah-langkah mempertingkatkan hasil Majlis.
  4. Membuat kajian dan memberi khidmat nasihat terhadap projek penswastaan/usahasama dan pelaburan hartanah yang diceburi oleh pihak Majlis.
  5. Mengumpul dan membuat analisa terhadap maklumat pasaran, sewaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan hartanah dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  6. Menyedia dan membekalkan maklumat harta dan pemilik kepada jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.
  7. Membuat semakan ke atas tunggakan cukai taksiran bagi kelulusan permohonan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
  8. Membantu pentadbiran Majlis dalam urusan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran ke atas harta-harta yang ada tunggakan melalui penyemakan kelulusan kebenaran merancang dan juga lelongan awam.
  9. Menyediakan kertas kerja berkaitan hal-hal kadaran dan atas keperluan pihak Majlis.
  10. Membuat pemeriksaan bagi tujuan pelupusan harta alih Majlis.
  11. Membuat nilaian ke atas barangan yang disita akibat kegagalan menjelaskan tunggakan cukai taksiran.
  12. Membuat nilaian ke atas barangan yang dirampas oleh Unit Penguatkuasa kerana tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis untuk dilelong.

 

UNIT PENGURUSAN TERMINAL 1

  1. Menguruskan kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan Terminal 1 Seremban.
  2. Menyediakan dan memproses permohonan pelekat kenderaan laluan bas di Terminal 1 Seremban.
  3. Menguruskan hal-hal berkaitan surat menyurat awam.
  4. Memproses permohonan kedai/kiosk/outlet/ kaunter tiket dan papan iklan.
  5. Memproses penyediaan sebutharga/tender bagi kerja-kerja di Terminal 1 Seremban.
  6. Memastikan pengurusan tempat letak kereta, motosikal dan bas dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.
  7. Pemantauan ke atas kerja-kerja oleh kontraktor kawalan keselamatan di Terminal 1 Seremban.
  8. Membuat pemeriksaan tahap kebersihan di Terminal 1 yang dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.
  9. Menyediakan laporan aliran tunai (hasil kutipan dan perbelanjaan) Terminal 1 Seremban bagi Mesyuarat Majlis Penuh MPS.
  10. Melaksanakan kerja-kerja pengeluaran notis penamatan sewaan serta penarikan dan pengosongan premis di Terminal 1 Seremban.
  11. Menyediakan dokumen perjanjian penyewaan dan proses memperbaharui perjanjian bagi penyewa-penyewa di Terminal 1 Seremban.
  12. Membuat pemeriksaan dan pemantauan di Terminal 1 Seremban bagi mengenal pasti masalah yang ada.
  13. Menerima dan menyelesaikan aduan dari orang awam, penyewa dan lain-lain.
  14. Mengeluarkan notis untuk membayar tunggakan sewaan dan utiliti bagi premis-premis sewaan di Terminal 1 Seremban.
  15. Menyemak dan merekod bacaan meter bagi penggunaan utiliti (bekalan elektrik dan air) untuk dikemukakan kepada Jabatan Kewangan.
  16. Membuat kerja-kerja pemotongan utiliti terhadap premis-premis sewaan yang mempunyai tunggakan sewaan kepada pihak Majlis.
  17. Memastikan kontraktor yang dilantik supaya menguruskan tempat simpanan barang (luggage) dengan baik.

 

UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengurus dan memastikan pentadbiran harian pejabat diuruskan secara efisyen dan sistematik mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan.
  2. Menguruskan rekod berkaitan dengan kawalan belanjawan Jabatan.
  3. Menguruskan rekod berkaitan dengan Pesanan Tempatan, tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.
  4. Menguruskan semua surat-menyurat awam Jabatan.
  5. Pengurusan perkhidmatan kaunter Jabatan.
  6. Menguruskan serahan tangan/pos surat dan dokumen.
  7. Menguruskan fail-fail berkaitan pentadbiran dan Senarai Nilaian.
  8. Menguruskan hal-ehwal berkaitan cuti kakitangan Jabatan.
  9. Menguruskan penilaian prestasi kakitangan Jabatan.
  10. Menguruskan rekod sistem kehadiran bagi semua kakitangan Jabatan.
  11. Menguruskan permohonan peperiksaan, seminar, kursus dan bengkel kakitangan.
  12. Menguruskan inventori dan harta modal Jabatan.
  13. Menguruskan stok barang-barang keperluan Jabatan.
  14. Menyelaras penyediaan myPortfolio bagi kakitangan Jabatan.
  15. Mengurus tempahan penggunaan bilik mesyuarat gunasama Jabatan.
  16. Mengawal secara keseluruhan keselamatan pejabat.