Cabutan Bertuah

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seremban menganjurkan KEMPEN CABUTAN BERTUAH KEPADA PEMBAYAR SECARA ATAS TALIAN DENGAN  BAYARAN PENUH CUKAI TAKSIRAN SEHINGGA 30 JUN 2024 DAN TELAH MENGEMASKINI  MAKLUMAT bermula pada 1 Julai 2023 dan akan tamat pada 25 Disember 2023.

Kempen ini diadakan istimewa kepada seluruh pemilik harta di Majlis Bandaraya Seremban sebagai insentif dan galakan supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dengan kadar segera khusus untuk pembayaran secara online (agensi yang dilantik) dengan bayaran terdahulu sehingga 30 Jun 2024 (Penggal 1/2024).

 
Kriteria Kempen Cabutan Bertuah Tahun 2023 :
1.    Bayaran penuh berserta tunggakan perlu dijelaskan sehingga penggal 1/2024.
2.    Keseluruhan tunggakan dengan Majlis perlu dijelaskan.
3.    Maklumat email dan nombor telefon bimbit perlu dikemaskini.
 
Syarat - syarat penyertaan adalah seperti berikut :
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia pemegang akaun cukai taksiran  berumur 18 tahun ke atas di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban.
  • Kempen ini khusus kepada pembayaran cukai taksiran yang dibuat secara online (agensi yang dilantik).
  • Cukai taksiran tahun 2023 dan penggal 1 tahun 2024 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan (jika ada) bersama dengan bayaran terdahulu sehingga 30 Jun 2024 (Penggal 1/2024).
  • Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Julai 2023 hingga 25 Disember 2023.
  • Peserta kempen perlu menjelaskan semua tunggakan dengan Majlis termasuk sewaan, kompaun, lesen perniagaan serta semua  bayaran yang berkaitan dengan Majlis.
  • Maklumat email dan nombor telefon bimbit perlu dikemaskini di https://click.mbs.gov.my (Permohonan Pindah Milik / Tukar Alamat /Mengemaskini Maklumat Harta).
  • Peserta kempen hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
 
Saluran bayaran secara ATAS TALIAN (ONLINE) / AGENSI (Perbankan Internet ) adalah seperti berikut :