Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang “Nogori” untuk diterokai apatah lagi jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli, maka Seremban adalah destinasi yang paling tepat untuk anda terokai. Terdapat beberapa tempat makan menarik di Seremban yang cukup popular serta menyajikan pelbagai jenis masakan untuk santapan anda sekeluarga. Kesemua destinasi tempat makan menarik di Seremban boleh anda temui sama ada masakan traditional, Western Food, Food Truck atau gerai-gerai yang menyajikan makanan yang lazat dan berbaloi untuk anda seisi keluarga.
#pesonaseremban #discoverseremban #seremban #serembandokekyo

Serembanlicious

1.    RESTORAN WADI AR-RAUDHAH
Alamat: No 1-2 Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, Seremban, NS.

Restoran ini berasaskan masakan melayu. terletak di kawasan rahang kecil dan menyajikan masakan yang berpatutan dengan harga yang berbaloi.

Serembanlicious

2.    RESTORAN LEHA WORLD
Alamat: No 402 Persiaran Rajawali, Taman Paroi Jaya, Seremban.

Restoran ini beroperasi sejak tahun 2006 sehingga kini dan ia menyajikan masakan kampung traditional Negeri Sembilan.

Serembanlicious

3.    RESTORAN NELAYAN SEAFOOD
Alamat: Wisma Perisai P1970, Rahang Square, Seremban.

Nelayan Seafood terkenal sejak tahun 1979. Restoran ini menyajikan lauk pauk massakn eksotik dan masakan traditional Negeri Sembilan.

Serembanlicious

4. RESTORAN SELERO NOGORI
Alamat: No 602&603 Jalan Haruan, 4/8 Oakland Business Centre, Seremban.

Restoran Selero Nogori mampu menarik perhatian pengunjung dengan pelbagai juadah yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis masakan traditional Negeri Sembilan di restoran ni.

Serembanlicious

5.    RESTORAN AUNTY AINI’S
Alamat: Batu 16, Kg Chalet, Jalan Sepang, Nilai, NS.

Restoran ini menyajikan masakan Asam Pedas sebagai menu utamanya. Restoran ini juga menyajikan makanan western yang sesuai untuk seisi keluarga.

Serembanlicious

6.    RESTORAN BABA DAN NYONYA
Alamat: PT 5774, Jalan Ts 2/1 , Taman Semarak, Nilai.

Restoran ini menyajikan pelbagai menu makanan laut sebagai tarikan kepada pengunjung yang meminati seafood. Restoran ini juga menghidangkan juadah masakan cina dan masakan melayu.

Serembanlicious

7.    RESTORAN NASI KAMBING MELETOP
Alamat: No 1, Jalan BBN 1/3k Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Restoran ini terletak di Bandar Baru Nilai. Terdapat pelbagai aneka masakan yang boleh menarik perhatian anda.

Serembanlicious

8.    RESTORAN ANJUNG SELERA
Alamat: No 617, Jalan Haruan 4/8, Oakland Business Centre

Restoran ini menyajikan menu masakan berasaskan Gulai Masak lemak dan pelbagai juadah lain serta kuih muih. Restoran ini terletak di Seremban 2.

Serembanlicious

9.    RESTORAN AYAM GOLEK DARA
Alamat: Jalan Labu Batu 1412, Kampung Kondok, Nilai Negeri Sembilan.

Ayam Golek merupakan juadah utama di restoran ini. Kelazatan ayam yang lembut dan lazat akan membuat pengunjung tertarik. Juadah lain seperti Nasi Lemak dan Char Kuew Tiau jugak disediakan.

Serembanlicious

10.    RESTORAN D’PANTAI
Alamat: Lot 1 , Batu 6, Jalan Jelebu, Seremban.

Restoran ini terletak 1Km dari LebuhRaya LEKAS. Restoran ini menyediakan juadah masakan panas dan juadah khas untuk and. Terdapat juga juadah istimewa Kambing Panggang.

Serembanlicious

11.    RESTORAN NASI KANDAR LAWOOD
Alamat: Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.

Restoran ini menyajikan menu makanan Nasi Kandar, yang boleh dipelbagaikan dengan lauk yang berbeza.

Serembanlicious

12.    RESTORAN HARDWOOD CAFE SEREMBAN2
Alamat: No 60, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2
Waktu operasi: 8.30pagi - 6petang

Restoran ini menyediakan makanan Aunthentic Negeri Sembilan. Ia juga menyediakan masakan kampung ala traditional.

Serembanlicious

13.    MMA SANTAI CORNER
Alamat: Jalan BBN 1/1F, Nilai. Negeri Sembilan.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan di bawah 1 bumbung. Antaranya ialah bubur berlauk dan juga perlbagai jenis mee disediakan.

Serembanlicious

14.    CENDOL HAJI SHARIFF
Alamat: No 44, Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan.

Restoran ini menyediakan menu pencuci mulut untuk semua pengunjung. Salah satu juadah terkenalnya ialah, Cendol. Terdapat 6 jenis cendol yang berlainan rasa dilengkapi dengan ABC dan Rojak.

Serembanlicious

15.    WARUNG BAM BAM
Alamat: No 95 Kg Chedang Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.

Restoran ini berkonsepkan sarapan pagi ala kampung dan juga moden. Terdapat pelbagai juadah sarapan pagi yang disediakan berpatutan dengan harganya.

Serembanlicious

16.    HAJAH HALIMAH NASI LEMAK MAMBAU
Alamat: No 50 Pekan Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.

Restoran ini menyediakan sarapan pagi ala kampung. Terdapat pelbagai juadah sarapan pagi yang sedap dan berpatutan dengan harganya.

Serembanlicious

17.PALPERRO STEAK HOUSE
Alamat: No 1 Jalan B15, Pusat Dagangan Seremban2, Seremban, Negeri Sembilan.

Restoran ini terletak di bandar Seremban2. Ia menyajikan makanan western dan makanan barat yang sedap dan menyelerakan.

Serembanlicious

18.MABORO STEAK HOUSE
Alamat; PT989, Jalan BBN 1/3H, Nilai, Negeri Sembilan.
Restoran ini terletak di bandar baru nilai. Ia menyajikan makanan western dan makanan barat yang sedap dan menyelerakan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Serembanlicious

19.    MEQ NOR KITCHEN
Alamat; Lot 236, Batu 7, Jalan Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis western food serta minuman jus dan buah buahan serta banyak lagi. Terdapat juga pencuci mulut yang disediakan.

Serembanlicious

20.    WONDER BREAD BAKERY & CAFE
Alamat: No 84, Jalan S2 D33, Seremban, Negeri Sembilan.

Wonder Bread menghasilkan pelbagai jenis roti dan kek untuk disajikan kepada pengunjung. Pelbagai corak boleh dihasilkan. Harga yang berpatutan juga ditawarkan.

Serembanlicious

21.    TUAH (FINEST CUISINE)
Alamat: No 1 Jalan B15, Pusat Dagangan Seremban 2, Negeri Sembilan

Merupakan restoran yang menyajikan makanan barat dan pencuci mulut. Makanan barat yang disajikan sangat berpatutan dan juga menarik.

Serembanlicious

22.    NILAI IMPIAN STATION
Alamat: No 1, Jalan Persiaran Nilai Impian 3, Nilai, Negeri Sembilan.

Restoran ini menyediakan menu makanan yang menarik dari hidangan set dulang. sesuai untuk seisi keluarga.

Serembanlicious

23.    NASI ARAB DAMSYIK
Alamat: No 9-1 Jalan Cattleya 2, Persada Cattleya Senawang Negeri Sembilan

Restoran ini menyajikan Nasi Arab bersama dengan ayam, daging dan kambing. ia berkonsepkan ala ala suasana timur tengah yang boleh membangkitkan selera pengunjung

Serembanlicious

24.     RESTORAN AL JAMAL
Alamat: A27 & A 28, 9 Avenue, Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan arab. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh boleh dinikmati bersama seisi keluarga.

Serembanlicious

25.    SUNGAI UJONG WALK
Alamat: Jalan Dr Murugesu, Seremban, Negeri Sembilan

Sungai Ujong Walk berkonsepkan Food Stall yang mengetengahkan masakan kaum cina. Terdapat sebanyak 30 buah gerai yang menjadi tumpuan pada masyarakat cina.

Serembanlicious

26.    BAZAAR JALAN LEE SAM
Alamat: Jalan Lee Sam, Bandar Seremban, Seremban

Bazaar Jalan Lee Sam menyediakan pelbagai jenis juadah masakan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat melayu cina dan india. Terdapat lebih dari 10 buah gerai yang beroperasi pada setiap hari.

Serembanlicious

27.    MEDAN SELERA AMPANGAN (BENTENG AMPANGAN)
Alamat: Bandar Baru Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Medan selera ini menyediakan pelbagai menu makanan masakan Negeri Sembilan dari sarapan pagi hingga ke petang. Medan Selera ini sering menjadi tumpuan ramai pengunjung dengan kepelbagaian jenis juadah yang menarik.

Serembanlicious

28.    MEDAN SELERA BENTENG WALK
Alamat: Jalan Dato A bdul Rahman, Seremban, Negeri Sembilan.

Merupakan 'Street Market' pertama di Negeri Sembilan. Beroperasi dari 5ptg hingga 12mlm. Menyediakan pelbagai menu makanan tempatan.

Serembanlicious

29.    MEDAN SELERA PENGHULU CANTIK
Alamat: Jalan Seremban, Negeri Sembilan.

Terletak di Jalan Penghulu Cantik yang menyediakan pelbagai makanan tempatan dan traditional Negeri Sembilan. Terdapat 20 buah gerai makanan yang menawarkan lebih 100 juadah yang menyelerakan.

Serembanlicious

30.    MEDAN SELERA MMA@XPARK SENDAYAN
Alamat: Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Medan Selera MMA @Xpark Sendayan berkonsepkan food court yang menawarkan pelbagai menu yang terkini di Malaysia sama ada traditional mahupun menu barat.

 

Tarikh Kemaskini: