Warga Bandaraya Seremban yang memerlukan perkhidmatan kutipan sisa pepejal, sisa pukal atau sisa binaan, boleh menyemak dan mendapatkan perkhidmatan daripada kontraktor yang berlesen dengan SWCorp melalui senarai yang disediakan di pautan berikut:
Senarai Kontraktor Pemungutan Sisa Pepejal Pembinaan (C&D) Berlesen SWCorp
(https://www.swcorp.gov.my/kontraktor)
Penggunaan kontraktor berlesen adalah penting bagi memastikan sisa yang dikutip diurus dan dilupuskan di tapak pelupusan yang berdaftar, sekali gus membantu mencegah pembuangan sisa secara haram dan pembentukan tapak sampah haram.
Marilah bersama-sama memastikan sisa yang dihasilkan diuruskan secara bertanggungjawab, teratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan demi kebersihan dan kelestarian persekitaran Bandaraya Seremban.