Peta Interaktif Seremban merupakan sebuah platform digital yang dibangunkan bagi mempromosikan pelancongan, seni, budaya serta tarikan menarik di sekitar bandar Seremban. Portal ini direka bentuk secara mesra pengguna dengan pendekatan visual yang menarik, sekaligus memberi pengalaman penerokaan bandar yang lebih interaktif dan informatif kepada orang awam. 

Portal ini direka dengan antara muka (interface) mesra pengguna yang membolehkan pengguna mengakses peta interaktif dengan pandangan 3600 ground view dan aerial view, lengkap dengan maklumat lokasi serta penerangan bagi setiap tarikan pelancongan. Ia bukan sahaja bertujuan mempromosikan Seremban sebagai destinasi pelancongan, tetapi juga meningkatkan pengalaman digital masyarakat dalam menerokai bandaraya secara lebih interaktif dan menyeronokkan. 

Pembangunan Peta Interaktif Seremban ini selari dengan aspirasi Majlis Bandaraya Seremban ke arah pendigitalan perkhidmatan serta usaha memperkukuh imej bandar sebagai sebuah bandar kreatif, mesra pelancong dan berdaya huni. Inisiatif ini juga diharap dapat menjadi medium promosi bandar yang berkesan serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan. 

*Klik pada gambar untuk menerokai Peta Interaktif Seremban

Tarikh Kemaskini: