PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MALAYSIA VISION VALLEY 2045 (JILID 2 DAERAH SEREMBAN) (PENGUBAHAN 2)
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2045 (Jilid 2 Daerah Seremban) (Pengubahan 2) akan diadakan selama 4 minggu (1 Ogos 2024 hingga 31 Ogos 2024) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap pengubahan sebahagian Zon Guna Tanah di Daerah Seremban.



