Dimaklumkan bahawa beberapa laluan jalan raya di sekitar Bandar Seremban akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Program Telepok Fun Run 2026 pada ketetapan berikut:
Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi hingga 9.30 pagi
Lokasi program: Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Jalan Yamtuan
Senarai jalan yang terlibat:
1. Jalan Yam Tuan (mula/tamat)
2. Jalan Za'aba
3. Jalan Dato' Muda Linggi
4. Jalan Penghulu Cantik
5. Jalan Taman Bunga
6. Jalan Tuan Haji Said
7. Jalan Dato' Hamzah
Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang program berlangsung bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan para peserta.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
MBS memohon maaf atas segala kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta kesabaran semua pengguna jalan raya.
![]() | ![]() |

