Senawang, 18 Februari 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah turun padang meninjau persiapan Bazar Ramadan/Aidilfitri di Dataran Senawang menjelang permulaan bulan Ramadan pada 19 Februari 2026. Dalam lawatan tersebut, beliau turut beramah mesra bersama para peniaga yang sedang membuat persiapan perniagaan serta menyampaikan nasihat agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan kawasan bazar. MBS mengucapkan selamat berniaga kepada semua peniaga dan berharap Bazar Ramadan/Aidilfitri di dalam kawasan pentadbiran MBS berjalan dengan lancar, teratur dan dipermudahkan disepanjang bulan yang mulia ini.