Seremban, 21 Ogos 2026 – YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Pemerintah Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja di Pejabat Datuk Bandar, Wisma MBS. Kunjungan delegasi ini diketuai oleh Mej. Ts. Mohd Yunus bin Hassan, 2nd In Command bertujuan membincangkan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam pembangunan pasukan bola sepak serta perkara-perkara lain yang mampu memberikan manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Turut hadir ialah Tuan Ir. Ts. Br. Mohd Kamal bin Mohd Yusof, Setiausaha MBS dan Encik Saiful Azhar bin Haji Ahmad Jadi, Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pelancongan MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



