Seremban, 19 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Azman b. Ghazali, Setiausaha MDKPI bersama pegawai-pegawai MDKPI pelbagai jabatan bagi sesi perkongsian ilmu dua hala berkenaan amalan baik tambahan hasil bukan cukai.
Talimat ringkas telah disampaikan oleh En.Hadzeeq Ekhwan b. Radzali, Timbalan Pengarah Kawalan Bangunan, MBS bersama pegawai-pegawai Jabatan Kawalan Bangunan, MBS. Kunjungan hormat ini juga diserikan dengan kehadiran dan penyampaian cenderamata oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Hj. Masri b. Baharuddin, Datuk Bandar MBS bersama YBrs. Ir. Ts. Br. Mohd Kamal b. Mohd Yusof, Setiausaha MBS diiringi oleh Pn. Norhezlin bt. Amat, Pengarah Kawalan Bangunan kepada delegasi MDKPI sebagai tanda penghargaan di atas kunjungan yang cukup bermakna ini. Pihak MBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MDKPI yang sudi berkunjung ke MBS. Pihak MBS berharap kunjungan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pihak MDKPI untuk melangkah maju ke hadapan. Seremban Destinasi Pembangunan, Inspirasi Kehidupan.