Seremban, 17 April 2026 - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia HQ & Negeri Sembilan di Bilik Dato’ Shahbandar, Wisma MBS. Kehadiran Jabatan Perangkaan Malaysia yang diketuai oleh Puan Norfariza Hanim binti Kassim, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia ke MBS adalah bertujuan untuk merancang untuk menggunakan data spatial dalam kawasan MBS bagi merealisasi usaha ke arah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2030. Sesi ini telah dipengerusikan oleh TPr. Haji Nazri bin A. Ghani, Pengarah Perancangan Pembangungan MBS dan perkongsian mengenai GeoSeremban telah disampaikan oleh Ts. Farah Saffarizan binti Mohd Esa, Pengarah Teknologi Maklumat & Komunikasi MBS. Turut hadir Sr. Nor Zuliana binti Abd. Manan, Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta MBS, En Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Perhubungan Korporat MBS, pegawai-pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia HQ & Negeri Sembilan seta pegawai-pegawai MBS.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |



















