Seremban ,5 Januari 2026 - YBhg. Dato' Ir.Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar MBS telah menerima kunjungan hormat daripada Real Estate Housing Developer Assc. Malaysia (REHDA) yang diketuai oleh Dato' Desmond Yap Poh Seng, Pengerusi REHDA. Lawatan yang diadakan ini bertujuan membincangkan isu-isu pemajuan perumahan dan menjalinkan kerjasama erat diantara kedua-dua pihak. Hadir sama TPr. Hj. Nazri bin A.Ghani, Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan, MBS , Tn Hj. Mohd Fadhil bin Kamaruddin, Pengarah Penyelenggaraan MBS dan En. Shamaruddin bin Saidin, Ketua Unit Komunikasi Korporat, MBS.